Saturday 6 April 2013

UNITED MALAYS NATIONAL ORG. Gopeng Tolak Dato' Tokoh Wanita Melayu Jadi Calon...

Sabtu, 6 April 2013
Karier Politiknya Akan Dibenam Orang UMNO Juga!


Mungkin tak berapa jelas isi kandungan ni,, cuma yang jelas ialah cap jari ....tapi sahabat yang hantar surat ni siapa salin balik tulisan isi ayat dalam surat ni...

Kepada:
YAB Dato SEri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO
Negeri Perak
YAB Dato Seri DiRaja,

MENOLAK DATO' HAMIDAH OSMAN SEBAGAI CALON BN DI N.43 SUNGAI RAPAT DALAM PRU13
Saya Nordin Bin Abd. Hamid berasa sangat kecewa kerana pada 4 April 2013 Khamis jam 11.20 malam saya bersama 18 orang rakan-rakan dari Jawatankuasa UMNO Bahagian Gopeng dihalang untuk berjumpa Y.A.B. Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir di kediaman beliau.
Alasan yang tidak munasabah diberikan oleh pegawai beliau En. Hanafiah Man ialah Y.A.B. Menteri Besar baru sahaja masuk tidur dan tidak boleh berjumpa sangat mengecewakan kami.
Hasrat saya dan 18 orang Jawatankuasa UMNO Bahagian Gopeng hanyalah untuk menyampaikan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa UMNO Bahagian Gopeng pada 29 Mac 2013 yang sebulat suara mencadangkan Ketua UMNO Bahagian Gopeng sebagai calon N.43 Sungai Rapat dalam PRU13 ini.
Inilah sebenarnya sandiwara pemimpin UMNO Negeri yang langsung tidak mahu mendengar rintihan dan cadangan pemimpin akar umbi.
Saya sebenarnya berasa amat kecewa atas tindakan En. Hanafiah Man yang menghalang kami dari berjumpa dengan Y.A.B. Pengerusi Perhubungan UMNO untuk merayu supaya Ketua Bahagian Gopeng Datuk Hamzah Mohd Kasim diberi peluang bertanding di DUN N.43 Sungai Rapat.
Sekian harap mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada Y.A.B. Dato' Seri DiRaja.
Terima kasih,
Nordin bin Abd. Hamid
AJK UMNO
Bahagian Gopeng

Kalau kita imbau balik senario sebelum PRU12 2008, kejadian yang hampir lebih lebih kurang sama,, waktu itu Tajol Rosli jadi MB Perak, bila sahaja senarai calon dikeluarkan, maka berbondong wakil-wakli calon yang tak terpilih datang berkampung di kediaman MB Perak..

Berbanding dengan era Zambry hari ini, senarai calon belum pun dikeluarkan lagi,, itu pun dah ada wakil calon yang datang,, apa yang akan terjadi jika senarai calon dah dikeluar.. nampaknya akar umbi umno tak walaq pada Najib, mereka lebih walaq pada ketua bahagian masing-masing...
Apa yang aku dapat tahu, Zambry telah mengarahkan surat ini dimusnahkan,,, nak tutuplah kononnya,, tapi ada lagi yang lebih cekap... he he he...

Apakah ini sebagai petunjuk yang umno Perak akan tumbang sekali lagi... Ins Sya Allah.. Amin...

Kredit:  http://manjongmari.blogspot.com/2013/04/panas-di-perak-umno-gopeng-tolak.html#more

Takbir...Allahuakbar!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena