Friday 14 February 2014

#Himpunan222MansuhPBS: Anda Guru? Hadirlah sebagai 'IBUBAPA' di Putrajaya 2.20 petang... Kenapa Guru Ramai Yang Sakit Jiwa?

Jumaat, 14 Februari 2014
KPM menyalahkan guru
"..siapa suruh buat eviden banyak-banyak?.."


Kepincangan KPM ~ Admin terima gambar ini daripada rakan guru kita. Bukan nak aibkan beliau tapi ini bukti KESAN KELEMAHAN PBS.

KPM mana tahu kesusahan yang berlaku kerana dalam tempoh 20 hari, KPM 'berjaya' menutup KESILAPAN PBS.

Kepincangan KPM:

KPM menyalahkan guru pula kerana membuat eviden yang banyak dengan ayat:

"..siapa suruh buat eviden banyak-banyak?.."


Komen Admin:
KPM, sila #MansuhPBS.

#Himpunan222KPMPutrajaya

Satu Suara ~ Admin tahu kemampuan Admin dalam usaha yang berisiko ini tetapi demi masa depan anak-anak dan pendidikan negara.

Anda hadirlah sebagai ibubapa walaupun anda seorang guru.

#Himpunan222MansuhPBS

Portal Harakah Daily:
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/25706-walau-10-orang-bantah-pbs-tetap-menggugat-sgmm

#Himpunan222MansuhPBS
Ya Allah kami memohon agar Engkau permudahkanlah segala usaha dn pengorbanan admin dan rakan-rakan...

Like This Page · December 29, 2013 




Like ·  · Share

Guru Belasah Pelajar: Pernahkah Kementerian Buat Kajian Kenapa Guru Ramai Yang Sakit Jiwa?

Guru mengamuk belasah empat pelajar
Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my
SEORANG daripada mangsa melakonkan semula aksi dia ditendang oleh seorang guru yang mengamuk di sebuah sekolah di Sitiawan, Perak semalam.

SITIAWAN - Empat pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini melalui detik menakutkan apabila seorang guru lelaki mengamuk dan bertindak membelasah mereka sehingga mengalami kecederaan kelmarin.
Dalam kejadian pukul 5 petang di makmal komputer sekolah itu, guru berkenaan didakwa menendang sebelum menumbuk dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan.
Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun mendakwa, dia ditendang di muka oleh guru tersebut hanya kerana tidak membawa buku latihan.
"Akibat perbuatan guru tersebut, saya mengalami pendarahan di bahagian dagu dan dibawa oleh dua orang rakan ke bilik guru untuk membuat laporan.
"Saya sempat memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarga sebelum mereka datang membawa saya untuk membuat laporan polis," ceritanya.
Seorang lagi mangsa yang merupakan pelajar perempuan mendakwa, dia menerima nasib sama apabila guru yang bagaikan dirasuk bertindak keluar dari makmal komputer dan menumbuk lima kali di bahagian mukanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena