Tuesday 10 January 2017

[Video DASAR PENIPU..!] Siapa jadi jutawan? Peneroka atau Pengurus saham Felda! Jika nyahsenarai, FGV bakal rugi RM7.8b - PKR

Rabu, 11 Januari 2017


Jika nyahsenarai, FGV bakal rugi RM7.8b - PKR

Rancangan menyahsenaraikan Felda Global Ventures Berhad (FGV) akan memberi implikasi kerugian RM7.8 bilion, dakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Kata beliau, kerugian tersebut berpunca daripada bayaran pembelian semula saham dari pemegang saham semasa sebanyak RM2.9 bilion; RM2 bilion wang rakyat yang hilang ekoran kejatuhan harga saham FGV dan perbelanjaan FGV dalam bayaran balik pinjaman dan perbelanjaan lain.
"Jadi, Felda berada dalam keadaan penyah senaraian sebagai tidak baik, dan tidak menyah senaraikan juga tidak bagus," kata Rafizi pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Pengerusi Felda yang baru dilantik, Tan Sri Shahrir Samad berkata, pihak sedang mempertimbangkan kemungkinan FGV dinyahsenaraikan daripada Bursa Malaysia.
FGV disenaraikan di bursa tempatan pada tahun 2012 dengan tawaran awal awam (IPO) pada harga RM4.55 sesaham yang mendapat liputan meluas setelah dikatakan sebagai penyenaraian kedua terbesar dunia selepas Facebook.
Antara pembeli saham utama FGV selain Felda ialah dana awam Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Harga saham FGV, bagaimanapun, berada dalam keadaan 'terhoyong-hayang' dalam tempoh beberapa tahun selepas itu sehinggalah berada di tahap RM1.79 sesaham setakat jam 3 petang hari ini.
Mengulas lanjut, kata Rafizi, dalam usaha untuk meringankan masalah kewangan Felda, beliau menasihati Shahrir agar tidak mengambil gaji daripada jawatannya dalam firma itu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena