Monday 5 June 2017

[Video Ketibaan Presiden Parti Warisan Disambut Seperti Ketua Menteri] Sambutan 'Shalom Jerusalem' kejayaan rejim Israel tawan Baitulmaqdis di Melaka! Salah cina-DAP juga kah?

Isnin, 5 Jun 2017

Foto Suara Rakyat.
KENAPA sambutan tersebut diadakan di negeri BN-Melaka?

Siapakah yg telah beri kelulusan tersebut ?

Beranikah media2 massa Ameno nak melaporkannya ke seluruh negara ?

Salah cina-DAP juga kah ?


Sambutan besar-besaran kejayaan rejim Israel tawan Baitulmaqdis di Melaka


BANGI, 10 Ramadan 1438H, Isnin – Berselindung di sebalik sambutan ulang tahun penubuhan ASEAN dan upacara keagamaan Kristian, satu sambutan besar-besaran kejayaan rejim Yahudi Israel menawan Baitulmaqdis 50 tahun lalu dan menyokong penubuhan negara Israel akan diadakan Melaka pada 15 Jun hingga 18 Jun ini.
Majlis itu akan diadakan di Calvary Life Assembly Chinese (CLAC) dengan mendapat kerjasama Jerusalem House Of Prayer For All Nations (JHOPFAN).
JHOPFAN adalah organisasi yang menyokong usaha Yahudi untuk menggali kawasan di bawah Masjidil Aqsa bagi membina kuil ke tiga Yahudi.
Mereka mendakwa King Solomon membina kuil pertama Yahudi sebelum dimusnahkan orang Babylonia. Kemudian ketua suku Judah, Zerubbabel, membina semula kuil itu yang jatuh ke tangan kuasa Rom.
Sambutan di Melaka itu adalah anjuran bersama All Malaysian-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC) yang dilantik oleh Golden Gate Nations; Elim Freedom; Melaka Pastors’ Fellowship; Calvary Life Assembly Chinese; AMGGRC Facilitator Council; dan YHWH’s Asia House Of Prayer For All Nations (YAHOPFAN.
Laman web AMGGRC mengatakan Malaysia adalah negara yang termasuk di dalam wilayah pintu gerbang timur di Baitulmaqdis.
Berdasarkan poster yang dimuat naik dalam laman web AMGGRC, dengan jelas terpampang perkataan ‘Jerusalem’s Jubilee’ dan dibawahnya adalah lambang menorah (kaki pelita yang mempunyai tujuh tiang lampu) yang menjadi simbol Yahudi sejak zaman purba serta lambang kebesaran Israel sekarang ini.
Menurut AMGGRC, 2017 adalah tahun yang bersamaan dengan tahun 5777 dalam kalendar Yahudi, adalah masa yang sangat penting, kerana ia adalah tahun jubli emas (50 tahun) pembentukan ASEAN dan penyatuan semula Jerusalem (Baitulmaqdis).
Kenyataan AMGGRC itu bertepatan dengan maklumat dalam The Golden Report, bahawa 2017 adalah tahun jubli emas buat Israel yang meraikan kemenangan perang enam hari yang berlaku pada 5 Jun hingga 10 Jun 1967, ke atas Mesir, Jordan dan Syria.
Kesan perang itu antara lain menyebabkan keluasan Israel bertambah dan peningkatan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Sambutan di Melaka itu dijangka dihadiri ribuan penganut Kristian serta penyokong Israel dari negara-negara Asia Tenggara, Asia Pasifik dan negara di dalam sagmen Golden Gate.
Kenapa Malaysia dipilih? AMGGRC memberi alasan:
“Sesungguhnya Tuhan telah mengumumkan melalui para nabi-Nya takdir Malaysia sebagai ‘negara pemangkin kebangkitan’ bagi Asia Tenggara, Asia Pasifik dan negara di dalam Golden Gate sagmen,” kata AMGGRC.
Sementara itu, Pastor Afeef Halasah dari Jordan dalam kenyataannya pula menggesa negara di rantau ini membawa delegasi terbesar untuk menghadiri sambutan kali ini di Melaka kerana ia adalah masa yang istimewa.
Portal Islam & Melayu

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena