Sunday 4 June 2017

[Video Tun M - Dia Tak Tahu Malu] Curi Komputer Dibelasah Sampai Mati, Curi Berbilion..? SPR Kelantan terima notis pengosongan Dun Nenggiri.

Ahad, 4 Jun 2017
Foto Suara Rakyat.
Inilah Tanahairku...
Foto Suara Rakyat.
“Hasil siasatan polis mendapati semasa kejadian, van ini dipandu oleh pemandu lain dan bukannya pemandu asal yang mempunyai lesen,” kata Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad.

Tanpa lesen memandu ??! Pihak berkenaan mesti bertanggungjawab.

Takziah kepada keluarga mangsa.

SPR Kelantan terima notis pengosongan Dun Nenggiri

 | BERNAMA
SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan hari ini mengesahkan menerima notis pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Nenggiri daripada Pejabat Speaker Dun Kelantan, selepas penyandangnya Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani dilucutkan kelayakan sebagai wakil rakyat kerana muflis.
Jurucakap SPR Kelantan berkata pihaknya akan memaklumkan perkara itu dan menghantar laporan kepada ibu pejabat SPR di Putrajaya.
Dalam pada itu, Speaker Dun Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub berkata notis yang dihantar oleh wakilnya itu tiba di pejabat SPR Kelantan pada 12.40 tengah hari tadi.
“Ia menjadi tanggungjawab saya untuk memaklumkan perkara itu kepada SPR Kelantan,” katanya ketika dihubungi.
Khamis lepas, Abdullah pada sidang akhbar di sini mengisytiharkan kerusi Dun Nenggiri kosong berikutan penyandangnya Mat Yusoff diisytiharkan muflis, selepas menerima surat pemakluman daripada Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor pada 28 Mei lepas.
Beliau dipetik sebagai berkata Perkara 31(1)(b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan menyatakan seseorang yang muflis dan masih belum diselesaikan tidak layak menjadi ADUN Kelantan.
Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Umno Kelantan akan terus melakukan gerak kerja sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 walaupun kehilangan seorang Adun.
Beliau berkata pihaknya sentiasa meneliti secara mendalam sebelum memilih calon untuk diketengahkan sebagai wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen mahupun Dun.
Beliau berkata sebelum dipilih, Mat Yusoff merupakan seorang pemimpin yang baik dan sering memberi sumbangan kepada rakyat dan Umno.
Mustapa ditemui pemberita selepas menziarahi dan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada lima pesakit kronik di Kampung Pulau Panjang dan Kampung Pauh sempena Program Ziarah Kasih Ramadan Dun Chempaka di Kota Bharu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena