Walau ditohmah Kit Siang tetap raikan Ramadan
Walau ditohmah dan diberikan gambaran buruk oleh bekas rakan tahaluf siyasinya Pas, penasihat DAP Lim Kit Siang tetap tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan Ramadan tahun ini.
Kit Siang baru-baru ini menghadiri program turun padang bersama masyarakat di Dewan Undangan Negeri (Dun) Parit Yaani sebagai tanda maufakat masyarakat berbilang kaum yang selama ini hidup di Malaysia.
Bagi Pengerusi Amanah Negeri Johor Aminulhuda Hassan, apa yang dilakukan ini adalah suatu gambaran bahawa orang bukan Islam tidak menjadikan Islam sebagai agama yang mengasingkan mereka.
Aminulhuda berkata, inilah cara memperkenalkan Islam kepada seluruh manusia dan dalam bab beragama ia bukan suatu yang ada paksaan bagi penganut agama lain untuk mendekati agama Islam itu sendiri.
Beliau berkata lagi, program yang diadakan di Tongkang Pechah dan Taman Pesta Batu Pahat itu adalah sebahagian gerak kerja mendekati masyarakat setempat di bazar Ramadan yang dibuka di situ.
“Inilah tanda Islam itu sebagai agama 'Rahmatan Lil Alamin' dengan mengajak serta bersama dengan mereka yang bukan Islam dalam bersama-sama mengadakan program yang dapat mengeratkan lagi hubungan sesama manusia baik yang beragama Islam mahupun yang bukan Islam.
“Program ini juga bertujuan untuk mendekati hati masyarakat setempat serta menyampaikan sedikit sumbangan kepada pengunjung dan peniaga di bazar Ramadhan Tongkang Pechah dan Taman Pesta Batu Pahat,” ujarnya.
Program yang bermula sekitar jam lima petang dan berakhir kira-kira jam tujuh petang itu turut diraikan pimpinan Pakatan Harapan (PH) Batu Pahat dan Sri Gading.
Antara yang hadir adalah, Naib Presiden Amanah Hassanuddin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Batu Pahat Idris Jausi, Adun DAP Penggaram Gan Peck Cheng, Setiausaha PKR Johor, Mohd Khuzzan, Bendahari DAP Johor George Poh Eng Guan, Setiausaha Bersatu Batu Pahat dan jentera PH yang lain.
0 comments:
Post a Comment