Thursday 3 August 2017

[Video 'Apa tindakan 1MDB? Habuk pun tak ada'] Mengapa enam pegawai kedutaan Malaysia hadir pengurusan saman Sarawak Report?

Khamis, 3 Ogos 2017

Mengapa enam pegawai kedutaan Malaysia hadir pengurusan saman Sarawak Report?

Kehadiran enam pegawai kanan Kedutaan Malaysia di London dalam pengurusan kes saman presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report di Mahkamah Tinggi London, 2 Ogos lalu menarik perhatian laman berita portal internet itu.
Dalam berita bertajuk "So Who Is Supporting 'Opposition' Pas Leader, Hadi Awang, In His Suit Againts SR?" (Siapakah yang membantu pemimpin 'pembangkang' Pas, Hadi Awang, dalam samannya terhadap Sarawak Report?), laman portal berita itu menyatakan rasa terkejut dengan kehadiran paling kurang enam pegawai kanan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dalam pengurusan kes saman Abdul Hadi terhadap Sarawak Report di Mahkamah Tinggi.
Antara yang dikesan hadir ialah konsular politik pesuruhjaya tinggi Malaysia ke UK Mohd Hadrizammi Mustafa; pegawai media kedutaan Malaysia di UK Wan Rosli Wan Osman dan timbalan ketua setiausaha hubungan dua hala Jesse Quiban.
Dua pegawai pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang hadir di mahkamah tinggi London.Mereka juga dilihat tekun mencatat sesuatu ketika prosiding berjalan.
"Jadi, apakah kepentingan kerajaan Malaysia dalam saman fitnah 'ahli politik pembangkang' terhadap seorang wartawan dan mengapa mereka menghabiskan banyak masa untuk menghantar kakitangan mereka," soal Sarawak Report.
Sarawak Report juga merakam foto tiga daripada kakitangan kedutaan terbabit yang dilihat mengenali rapat pasukan peguam plaintif dan diberi penerangan lengkap berhubung sesi pengurusan kes itu.
Bagaimanapun wakil kedutaan Malaysia itu dilapor tidak gembira dirakam foto mereka dengan Hadrizammi cuba melindungi wajahnya daripada dirakam.
Sarawak Report turut melaporkan kos yang ditanggung presiden Pas untuk membayar khidmat peguam Carter Ruck yang berjumlah RM3000 (£500) sejam.
Malah Sarawak Report menganggarkan kos yang dibelanjakan presiden Pas bagi urusan mahkamah setakat ini adalah RM600,000 (£100,000).
Bagaimanapun peguam Abdul Hadi, Carter Ruck enggan menjawab soalan Sarawak Report berhubung jumlah perbelanjaan mahkamah yang ditanggung ahli parlimen Marang itu setakat ini.
Ketika para pemimpin Pas mengakui tidak mempunyai dana malahan tidak mampu membayar bil elektrik ibu pejabat parti itu, Sarawak Report mempersoalkan pihak yang membantu membiayai tindakan undang-undang itu memandangkan kempen pungutan derma di kalangan ahli parti yang dilancarkan pada Mac lalu hanya berjaya mengutip £13,000 (RM78,000).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena