Thursday 24 August 2017

[Video SIAPA KATA PAKATAN HARAPAN GADAI NASIB ORANG MELAYU?] Sekarang Dah keluar AMANAT Shahidan ka atau AMANAT Najib? Pas Kelantan bakal hilang kerajaan!

Jumaat, 25 Ogos 2017

Foto Suara Rakyat.
Berkata benar walau terpaksa berdepan dengan pelbagai risiko.. Ditangkap, didakwa, dibuang kerja serta-merta atau dilucutkan jawatan...

Sesungguhnya Allah s.w.t. pemberi rezeki, BUKANNYA KERAjaan mahupun pemimpin bongkak pertahankan 'PUTARJAYA'...

Yang kejam harus disanggah dan ditegur silapnya.. Yang baik dan bagus harus dicontohi dan diikuti caranya..

Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah..!!

Foto Suara Rakyat.
DAHULU...
Bayar Tol Satu Jihad !!!

SEKARANG...
Pertahan Putrajaya di bawah pimpinan BN dianggap jihad !!!

Dah keluar AMANAT Shahidan ka atau AMANAT Najib ??!

HAR !!.. HAR !!.. HAR !!

Hilang 3 peratus sokongan sudah cukup untuk Pas Kelantan hilang kerajaan

Jika 3% undi yang diperolehi oleh Pas Kelantan dalam PRU 13 hilang dalam PRU 14 nanti, Kerajaan Pas Kelantan akan tersungkur, kata Naib Pengerusi AMANAH Kelantan Che Ibrahim Mohamad.
Beliau mengulas kenyataan bahawa sokongan kepada Amanah hanya 0.5% seperti yang disebut oleh Ketua Pegawai Penyelidik dan Pakar Analisis Pas, Dr Zuhdi Marzuki.
"Antara faktor penyumbang kepada kehilangan 3% undi ini katanya termasuklah kebergantungan melampau Pas Kelantan kepada arwah Tok Guru Nik Aziz (TGNA) sehingga selepas kematiannya, menyebabkan ramai pengundi tidak berparti tidak lagi menyokong Pas.
"Pemimpin pengganti pula gagal meneruskan gaya pentadbiran almarhum terutama di sudut gaya hidup dan sikap yang ditunjukkan," katanya.
Che Ibrahim
Katanya lagi, kelemahan tadbir urus sehinggakan hampir tiada apa apa dasar atau pendekatan baru pasca TGNA yang boleh memikat hati rakyat.
"Imej buruk yang ditonjolkan oleh beberapa pemimpin baru pas mengecewakan.
"Krisis pentadbiran kerajaan dan parti sehingga terpecatnya Dato Husam Musa dan penyingkiran dan penyisihan siapa saja yang dilihat sebagai " orang husam" dari lantikan politik dan jentera Pas,"ujarnya.
 Menurutnya lagi, kelahiran Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bergabung dalam PH sebagai parti alternatif kepada Pas dan BN untuk mentadbir Kelantan.
Oleh itu persepakatan dan tawaran terbaik PH sebagai kerajaan baru Kelantan akan menjadi pilihan pengundi tidak berparti dan mereka yang kecewa dengan Pas dan BN.
"Kehilangan kepercayaan rakyat kepada Pas dan penolakan rakyat ke atas Umno dan BN akan membuka ruang seluas luasnya kepada Amanah bersama rakannya dalam PH mengambil tempat sebagai pengganti kerajaan Pas di Kelantan dan BN di Putrajaya," katanya.
  • Pakar paspispus dr zuhdi kata cuma 0.5% sokong amanah. Dlm prk sg besar, undi amanah (guna logo amanah sendiri) mengatasi pas. Maka saya pun boleh buat kesimpulan yg sokongan terhadap pas ialah 0.2% saja!
      • Avatar
        PAS Kelantan berakhir sebaik sahaja TGNA meninggal dunia. Dan apabila PAS berpecah serta terkeluar dari gagasan kumpulan parti parti pembangkang, PAS sudah kembali ke era1970an... PRU 14 akan menjadi saksi bahawa umno dan PAS bukan lagi parti yg boleh diharap untuk meneruskan kepimpinan negara kita, yg semakin hari semakin muram dan merundum.

      0 comments:

      Post a Comment

      Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
      SILA LAYARI
      Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
      PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

      Popular Posts

      © 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

      Designed by ScreenWritersArena