Monday, 14 August 2017

[Video Notis 14 hari untuk IGP tamat & 'BN berisiko hilang Putrajaya jika gagal jelaskan isu 1MDB'] Khir Toyo pulangkan paku buah keras pada Ku Nan & Kenapa KPN liat & lembap sangat nak keluarkan arahan tangkap si penyangak dana 1MDB Jho Low?

Isnin, 14 Ogos 2017


Foto Suara Rakyat.
KENAPA pihak polis khususnya Ketua Polis Negara (KPN) liat & lembap sangat nak bertindak pro-aktif utk keluarkan arahan tangkap si penyangak dana#1MDB Jho Low ??!

Apa fungsi sebenarnya Tan Sri Khalid Abu Bakar sbg Ketua Polis Negara (KPN) dlm negara kita ??!

APA NAK HERAN..!!
"Polis akan panggil Jho Low jika perlu" - Zahid Hamidi -(18/5/2016)

Khir Toyo pulangkan paku buah keras pada Ku Nan

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mengakui kekalahan BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-12 pada tahun 2008 berpunca daripadanya.
Bagaimanapun, Khir Toyo bertanya kembali Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkaitan kekalahan lebih besar parti BN lima tahun selepas itu.
"Pilihan raya umum 2008 OK, salah saya. Tetapi pilihan raya 2013 baru-baru ini kan kita BN kalah lebih teruk di Selangor. Jadi tanya Ku Nan kenapa pula itu?
"Tanya Ku Nan PRU13 kenapa? Salah saya lagi ke?" soal Khir ketika dihubungi Malaysiakini.
Khir mengulas kenyataan Tengku Adnan bahawa antara punca kekalahan BN pada PRU12 adalah akibat kemarahan rakyat terhadap beliau.
Berucap ketika merasmikan merasmikan Persidangan Umno Petaling Jaya Utara semalam berkata isu seperti pencerobohan kuil dan anugerah penyapu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) mencetuskan kemarahan rakyat terhadap Khir.
Tengku Adnan berkata demikian ketika meminta BN Selangor mengenal pasti kelemahan mereka selepas gagal merampas kembali negeri itu pada PRU ke-13.
Pada 2013, PKR, DAP dan PAS mengekalkan kuasa di Selangor setelah memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, manakala BN pula memang di 12 kerusi.

Bukan itu sahaja, gabungan parti-parti itu juga berjaya menambah lapan lagi kerusi.

malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena