Friday 25 August 2017

[Video "Saya mungkin tak terima peletakan jawatan beliau"] PKR Kelantan mula retak kerana hubungan dengan PAS.

Sabtu, 26 Ogos 2017

PKR Kelantan mula retak kerana hubungan dengan PAS

Pada Mei lalu, PAS mengisytiharkan parti itu sebulat suara memutuskan untuk menamatkan tahaluf siyasi mereka dengan PKR. Namun di sebalik keputusan itu, kerjasama politik kedua-dua parti khususnya di Selangor dan Kelantan terus menjadi persoalan.
Isu itu memuncak apabila Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendedahkan minggu lalu bahawa perbincangan tidak formal masih dijalankan dengan PAS.
Keesokan harinya, PKR Kelantan mengumumkan bahawa semua lantikan politik parti itu di negeri itu akan mengekalkan jawatan masing-masing dalam kerajaan negeri yang diterajui oleh PAS.
Ini mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan puak yang mahu PKR memutuskan hubungan dengan PAS.
Rabu lalu, Ahli Parlimen PKR bagi kerusi Selayang, William Leong meletak jawatan dari Biro Politik parti itu, dengan alasan pembabitan berterusan parti berkenaan dengan PAS.
Di Kelantan, anggota akar umbi dilaporkan sedang mengumpul tandatangan dalam usaha menyingkirkan ketua PKR negeri itu, Ab Aziz Ab Kadir dan ketua Pemuda (AMK) negeri Hafidz Rizal Amran. Pasangan itu dilihat rapat dengan PAS.
Malaysiakini difahamkan bahawa buat masa ini, tandatangan yang mencukupi telah dikumpulkan untuk menyingkirkan Hafidz tetapi kurang jumlahnya untuk Ab Aziz.
Menurut naib ketua AMK Kelantan Md Khairul Amin Ab Rahman, tandatangan telah dikumpulkan dari lapan daripada 14 ketua pemuda bahagian untuk menuntut kepimpinan pusat supaya menyingkirkan Hafidz.
Bahagian berkenaan adalah dari Pasir Mas, Tumpat, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Bachok, Kota Baru, Pasir Puteh dan Machang.
Khairul Amin adalah bekas setiausaha PKR Kelantan. Beliau meletak jawatan sebagai bantahan terhadap PKR negeri yang masih meneruskan hubungan dengan PAS.
Bercakap kepada Malaysiakini, beliau mendakwa majoriti anggota akar umbi PKR di negeri itu enggan bekerjasama dengan PAS.
“AMK Kelatan kiranya ramai tidak sehaluan dengan PAS, majoritinya desak kita meletak jawatan dan ubah semua jawatan kuasa.
“Ketua AMK selalu memihak PAS, dia gagal menangani isu lantikan politik. Kita sayap Pemuda majoriti bersetuju untuk bersama Pakatan Harapan.
“PAS putus tahaluf siyasi - mereka tidak mahu bersama dengan kita. Dia keluar usul bukan kita,” katanya.
Beliau berkata PKR tidak sepatutnya bekerja dengan PAS melainkan jika mereka bersedia menyertai Pakatan Harapan, dan perbincangan dengan PAS tidak seharusnya menjejaskan pakatan pembangkang.
Malaysiakini difahamkan, Timbalan Ketua AMK Afif Bahardin dan setiausahanya, Chang Lih Kang pada Rabu lalu menerima tandatangan bagi pihak Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berada di luar negara.
Malaysikini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena