Friday 18 August 2017

[Video Konspirasi PAS Mahu Berpakat Dengan Najib UmnoBN] Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu...Ayah, apa itu Armada, tanya remaja tahanan reman.

Sabtu, 19 Ogos 2017

Foto Kelab Che Det.
Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu... (tolong sambung)
***
Gambar sekadar hiasan

Foto Prebet Sapu.
Teka teki..
Kenapa negara lain minyak tak naik?
Sebab negara lain takde amno

Ayah, apa itu Armada, tanya remaja tahanan reman

Ayah, apa itu Armada, tanya remaja tahanan reman
Tiga remaja yang ditahan selepas diperayai terbabit dalam insiden kekecohan pada forum Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam pada Ahad lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 17 Ogos, 2017.

SEORANG remaja yang ditahan reman susulan kekecohan semasa forum Nothing to Hide 2.0 pada Ahad lalu tidak tahu menahu satu apa pun tentang politik dan berfikir dia sebenarnya hendak dibawa menghadiri sebuah konsert, kata seorang ahli keluarganya.
Ahli keluarga itu, yang bercakap kepada The Malaysian Insight dengan syarat tidak didedahkan identitinya berkata, remaja itu malah bertanya kepada ayahnya apa itu “Armada” ketika keluarganya datang menjenguknya di balai polis Shah Alam pada Ahad, beberapa jam selepas dia ditangkap.
“Dia tanya ayahnya soalan itu. Mungkin polis bertanya soalan kepadanya berkaitan hal itu,” kata ahli keluarga remaja tersebut.
Armada ialah sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), parti baru yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir Mohamad.
Sayap pemuda itu adalah penganjur forum Nothing to Hide 2.0 yang diganggu oleh sekumpulan remaja yang bertindak membaling kasut dan botol air ke arah pentas tempat Dr  Dr Mahathir sedang menjawab soalan daripada hadirin. Mereka juga membaling kerusi dan membakar suar.
Forum itu sepatutnya jadi pentas debat antara Dr Mahathir dan Perdana Menteri Najib Razak mengenai isu 1Malaysia Development Berhad  (1MDB). Najib bagaimanapun tidak hadir kerana merasmikan mesyuarat Umno bahagian di Melaka.
Dr Mahathir sempat menjawab lapan soalan sebelum majlis bertukar kecoh.
Menurut sumber yang sama, remaja itu memberitahu ibu bapanya yang dia ingat dia akan pergi ke sebuah konsert dan sewaktu tiba di Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Shah Alam, forum itu sudah pun bermula.
Kumpulan remaja yang membuat kacau itu dikatakan diminta untuk berhimpun di Setiawangsa pada awal petang Ahad dan mereka diberikan baju-T bertulis “Armada” untuk dipakai. Mereka juga diberitahu akan diberikan wang sebanyak RM50 untuk hadir ke dewan berkenaan.
“Dia diberitahu mereka akan ke konsert, jadi dia ikut saja,” kata ahli keluarga remaja itu, sambil menambah remaja itu dan kawan-kawannya tidak mengayuh basikalnya ke tempat kejadian tetapi dibawa ke Shah Alam dengan kereta.
“Itu yang keluarga dapat tahu setakat ini. Sekarang apa yang saya bimbang ialah berapa lama lagi dia akan duduk di dalam (ditahan oleh polis).
“Dia pernah buat kacau. Dia masih belajar dan saya tak mahu kejadian ini mengganggu pelajarannya,” kata sumber itu.
Ahli keluarga itu bercakap kepada The Malaysian Insight selepas menemani ibu kepada remaja berkenaan ke Mahkamah Majistret Shah Alam pagi ini. Polis hari ini mendapatkan perintah lanjutan reman empat hari terhadap tiga suspek yang ditahan sejak Ahad lalu.
Setakat semalam, polis menahan 13 orang termasuk 3 remaja yang dilanjutkan reman hari ini bagi membantu siasatan.
Mereka disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Kanun Kesiksaan bagi kesalahan merusuh.
Pemimpin PH menyalahkan Umno manakala pegawai kanan perdana menteriTengku Sariffuddin Tengku Ahmad menuduh Dr Mahathir punca kekacauan.
Tengku Sariffuddin dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata hadirin pada forum itu marah apabila Dr Mahathir gagal menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya.
Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar juga menyalahkan Bersatu dan berkata sebagai penganjur parti itu sepatutnya bertanggungjawab atas keselamatan mereka yang hadir, keselamatan tempat dan keselamatan acara itu.
Kenyataan Khalid itu bagaimanapun dibidas oleh beberapa pihak termasuk kumpulan peguam hak asasi.  – 17 Ogos, 2017.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena