Friday 11 August 2017

[Video Keluar UMNO dan Ugut UMNO?] AS mulakan siasatan JENAYAH terhadap wang curi 1MDB & Mampukah Barisan Nasional Menjuarai PRU14?

Sabtu, 12 Ogos 2017

Foto Suara Rakyat.
DAHULU, 21 Julai 2016.. kata Najib
"Laporan DOJ hanya tindakan sivil, bukannya jenayah"

KINI, 11 Ogos 2017.. hakikatnya
"AS mulakan siasatan jenayah terhadap wang curi 1MDB berdasarkan laporan #Doj"

Tak sabar rasanya si penyangak2 #MO1, bini MO1, Riza Aziz, Jho Low & kuncu2 yg bersubahat diheret ke muka pengadilan di atas wang curi 1MDB nanti..

Mampukah Barisan Nasional Menjuarai PRU14?

Keputusan pilihan raya dewan undangan negeri Tokyo menunjukkan betapa peningkatan ekonomi langsung tiada makna andai kata rakyat tidak mampu menikmati kemajuannya bahkan terpaksa menanggung peningkatan harga barang.
Ramai yang mengaku sebagai pakar dan ahli tertentu tentang perihal Malaysia, namun apabila dibedil dalam medan pertempuran yang sebenar, kelayakan dan pengalaman yang mereka ada hanya menggagalkan mereka.
Salah seorang “pakar” ini ialah Euben Paracuelles, seorang ahli ekonomi kanan di Nomura Research di Jepun.
Ahli ekonomi terkemuka dari Nomura bernama Richard Koo yang mencipta konsep balance-sheet recession. Dalam balance-sheet recession ini, syarikat-syarikat di Jepun mengumpul hutang mereka dalam dan luar negara.
Selalunya semasa tempoh gelembung ekonomi yang telah berlaku berdekad-dekad lamanya, hutang dan pinjaman Jepun akan naik mendadak beberapa ratus peratus, dengan anggapan bahawa Japan Inc, dalam ungkapan bekas perdana menteri Jepun Yasuhiro Nakasone, akan menjadi “pesawat yang tidak akan tenggelam” seperti Amerika Syarikat.
Namun begitu, Japan Inc telah tenggelam pada 1989 dan baru sahaja mula pulih.
Ironinya, meskipun berlaku kenaikan ekonomi Jepun, dengan membetulkan semula balance-sheet recession, sepertimana yang dinasihatkan oleh Richard Koo dari Nomura, dengan melibatkan pemecatan dan pengurangan hutang sektor swastanya, Parti Liberal Democratic (LDP) diketuai oleh Perdana Menteri Shinzo telah dilanda badai kekalahan dalam pilihan raya dewan undangan negeri Tokyo baru-baru ini.
Dalam erti kata lain, kemajuan ekonomi Jepun tidak memberikan apa-apa makna.
Bahkan, apabila kemajuan itu tidak dapat dinikmati dan dialami oleh rakyat secara langsung, para pengundi akan memberontak.
Takdir LDP terkam BN
Tidak hairan lah, Tomin First no Kai (Tokyo Citizens First Party) diketuai Yukiko Koike, bekas pembaca berita yang kini berumur 63, memenangi lebih daripada 176 kerusi, sebaliknya Shinzo Abe dari LDP hanya meraih 26 kerusi.
Jadi jikalau LDP mengalami kekalahan teruk di Jepun, sebuah negara yang purata pengundinya ialah 50%, walaupun terdapat kemajuan ekonomi yang kononnya diambil dari Abe-nomics, apakah terdapat peluang bagi Barisan Nasional?
Siapa Euben untuk mengatakan Barisan Nasional mampu memenangi Pilihan Raya Umum 14? Euben bukan seorang ahli ekonomi Jepun yang pakar dalam ekonomi Jepun pun, jauh sekali Malaysia.
Apa yang lebih penting ialah, analogi LDP adalah tepat. Diantara 1945 dan 1991, LDP tidak dapat dikalahkan.
Namun pada 1992, ia ditolak dengan kuasa rakyat Jepun. Semenjak hari itu sehingga kini, LDP tidak lagi mampu mengekalkan kubu pertahanan utuh di Jepun.
Takdir ini sedang menunggu untuk menerkam Barisan Nasional. Wayang kemajuan ekonomi oleh Barisan Nasional yang ditunjukkan kepada dunia adalah tidak bermakna.
Dengan skandal 1MDB, ditambah lagi keadaan yang memburukkan dan merunsingkan iaitu inflasi Malaysia meningkatkan lebih dari 5 peratus.
Ralat ramalan Euben
Dengan ringgit yang melemah dan harga minyak kurang dari AS$50 per kontena, kerajaan Malaysia sedang menjemput inflasi bertandang ke rumah, bukan sedang menghalangnya.
Dengan rizab persekutuan Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah sebanyak empat kali ganda semenjak tahun lepas, dollar Amerika Syarikat akan sentiasa teguh.
Ramalan Euben tentang RM4.30 per satu US dollar mungkinlah tepat tetapi itu bergantung kepada faktor kitaran pantulan (cyclical rebounds) dan kelestarian yang penuh kesangsian kerana tidak ada perubahan signifikan dalam struktur atau asas.
Ralat Euben tentang kenaikan 5.1% GDP pula merupakan satu lagi pandangan yang diberikan tanpa mengambil kira konteks kenaikan harga barang, dan kerajaan sudah tiada lagi jalan untuk memberikan subsidi dalam ekonomi politik di Malaysia. Ada yang mengeluh bahawa rakyat tidak boleh “makan GDP.”
Tanpa subsidi pada makanan, tenaga dan beras, harga komoditi-komoditi ini akan menakutkan rakyat, sebenarnya inilah yang berlaku semenjak 10 tahun dahulu.
Di daerah pendalaman orang Melayu, kajian menunjukkan, jikalau bukan semua, tetapi sebanyak 119 daerah majoriti Melayu di pendalaman kampung tidak menggemari keadaan kenaikan harga barang yang mendesak mereka meminjam untuk terus hidup.
Dibuktikan dengan hutang isi rumah berbanding GDP, yang dilaporkan oleh Khazanah Research Institute, ialah setinggi 89.1% pada 2015.
Kawasan-kawasan mengundi ini, 54 daripadanya dimiliki oleh Felda yang menyumbang kerusi terbanyak kepada Barisan Nasional.
Lagi satu skandal mega melibatkan Felda dan FGV, dalam rasuah berbilion-bilion ringgit Malaysia, tentunya memberi kesan negatif kepada syer dan aliran tunai, yang melibatkan mata pencarian penduduk setempat.
Penduduk sangat marah dan jangan kita anggap kemarahan penduduk sebagai sesuatu yang remeh temeh. Hadiah-hadiah beg semasa pilihan raya tidak mampu bertindak sebagai puting kepada rakyat yang sedang menangis derita.


Rais Hussin merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Ketua Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/391663#EU5iMCsSsUwifrEc.99

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena