Isnin, 14 Ogos 2017
Bersatu security personnel detained two of the troublemakers at the event in the Selangor Youth and Culture Complex in Shah Alam.
PERUBAHAN2 NAJIB SEJAK BERKAWAN DENGAN PAS
Sejak berkawan dengan Pas, salah satu perubahan paling ketara pada Najib Razak ialah beliau didapati gemar menggunakan perkataan-perkataan Arab dalam ucapannya.
Mula-mula kita mungkin hanya selalu mendengar beliau mengucapkan perkataan "wassatiyah" saja, tetapi lama-kelamaan semakin banyak perkataan Arab yang dilafazkannya.
Untuk mengajak ahli parti setia kepada pemimpin, Najib kemudian beberapa kali menyebut perkataan "wala'" dalam ucapan atau tulisan di blog dan media sosial yang lain.
Sebelum ini, perkataan "wala'" adalah sinonim dengan Pas dan para pemimpinnya hampir tidak lekang daripada bibir menyebut perkataan tersebut setiap kali berdepan dengan isu perpecahan dalam parti itu.
Kini, selain "wassatiyah" dan "wala'", Najib maju setapak lagi dengan sudah pandai menyebut "tabayyun" pula yang bermakna sikap ingin menyelidik atau mencari kepastian terlebih dahulu tentang sesuatu perkara sebelum menyatakan pendirian.
Yang menariknya, dalam menyebut perkataan "tabayyun" itu, Najib juga menujukannya kepada Pas yang dianggapnya memiliki sifat tersebut dalam isu 1MDB kerana sedia mengadakan pertemuan dengan Arul Kanda Kandasamy terlebih dahulu untuk mendapat maklumat sebenar mengenai syarikat pelaburan sarat hutang itu sebelum menyatakan pendirian berpuas hati terhadap pelan rasionalisasinya.
Dalam lawatannya di Kelantan semalam pula, berhubung bantuan kerajaan Pusat terhadap kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang, Najib berkata, beliau tidak memikirkan undi mengenainya, sebaliknya hanya mengharapkan pahala daripadanya.
Sekurang-kurangnya, walaupun tak dapat undi, saya akan dapat pahala di akhirat. Semoga dengan tindakan itu juga lebih memajukan lagi negara ini, tambah beliau.
Dengan tidak mengharap undi, tetapi hanya mengharap akhirat, sekali lagi apa yang dilakukan Najib ini juga mirip dengan tindakan Pas yang selalu menyebut, perhitungan perjuangan mereka ialah untuk menang di akhirat dan bukannya menang pilihanraya semata-mata.
Tetapi, kenapa Najib tiba-tiba saja lebih memikirkan pahala akhirat daripada undi?
Adakah ia petanda beliau sudah menjangka UMNO dan BN akan kalah pilihanraya? (ShahbudinHusin 13/08/2017)
0 comments:
Post a Comment