Inilah
#PolitikMatang
Segala kecelaruan, permasalahan, skandal melanda sekalipun.. Jgn lupa ajak PAS.
InsyaAllah #PuasHati
Segala kecelaruan, permasalahan, skandal melanda sekalipun.. Jgn lupa ajak PAS.
InsyaAllah #PuasHati
Pada 8 Julai lalu, Pas mengumumkan pihaknya akan menganjurkan sidang meja bulat berkenaan 1MDB di ketika parti-parti pembangkang lain terus melakukan serangan bertali arus berkaitan syarikat pelaburan kerajaan paling bermasalah itu.
Ketika mengumumkannya, Tuan Ibrahim Tun Man yang memangku tugas Presiden Pas berkata, ia bertujuan untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak berkenaan kemelut yang berlarutan melanda 1MDB.
Dalam sidang meja bulat yang dijadualkan pada 7 Ogos (semalam), mereka yang disenaraikan untuk dijemput bagi memberi pandangan ialah Bakke Salleh, bekas Pengerusi 1MDB, pemimpin veteran DAP yang juga Timbalan Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw, tokoh ekonomi, Dr. Jomo Kwame Sundram dan bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.
Sesuai dengan pendekatan politik matang, Pas dilaporkan mempunyai cara tersendiri untuk menangani isu 1MDB, dengan salah satu cara tentunya melalui sidang meja bulat tersebut.
Bagaimanapun, tidak seperti yang dijanjikan, sidang meja bulat semalam itu akhirnya bertukar menjadi sessi penerangan saja antara 1MDB dan Arul Kanda dengan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.
Turut hadir dalam sessi pertemuan semalam hanya Khalid Ibrahim saja dan tidak kelihatan sama-sekali tokoh-tokoh lain yang disebut sebelum ini.
Tidak diketahui bagaimana sidang meja bulat yang begitu digahkan sebelum ini dengan beberapa tokoh jemputan tiba-tiba boleh bertukar menjadi sekadar "sidang meja leper" untuk AJK Pas Pusat mendengar sessi penerangan daripada Arul Kanda semata-mata.
Dalam sessi selama dua jam yang dihadiri oleh kira-kira 30 AJK Pas Pusat dan diketuai Tuan Ibrahim itu, antara keputusannya yang dicapai Pas ialah berpuas hati dengan penjelasan Arul Kanda berkenaan pelan rasionalisasi 1MDB serta berharap syarikat pelaburan itu diberi peluang menyelesaikan hutang-hutangnya.
Alamakkk...dah berpuas hati dan setuju diberi peluang pulak?
Apa sudah jadi?
Bagaimana dengan begitu banyak kritikan dan persoalan oleh Tuan Ibrahim berkaitan 1MDB selama ini seperti mencabar agar laporan audit dilepaskan daripada rantai OSA, mengapa saman tidak dikemukakan terhadap Sarawak Report dan WSJ, kenapa Jho Low tidak disoal-siasat, apakah transaksi kewangan ke luar negara diperiksa dan bermacam-macam lagi?
Apakah kini Tuan Ibrahim benar-benar berpuas hati dengan segala-galanya berkaitan 1MDB?
Apakah persoalan-persoalan yang selalu disebut Tuan Ibrahim sebelum ini dilontarkannya kepada Arul Kanda dalam pertemuan "sidang meja leper" semalam?
Pas, bagaimanapun dilaporkan masih lagi bertegas tentang perlunya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja berkaitan 1MDB.
Namun demikian, jika Arul Kanda dan 1MDB boleh bertemu dan memberi penerangan kepada AJK Pas Pusat, apakah bermakna beliau terbuka untuk berbuat demikian kepada parti-parti pembangkang lain?
Bilakah agaknya Arul Kanda sudi untuk memberi penerangan dan berdialog dengan pimpinan tertinggi PKR, DAP, Amanah dan Bersatu? (ShahbudinHusin 08/08/2017)
0 comments:
Post a Comment