Wednesday 9 August 2017

[Video Johari Abdul Ghani Ingat Rakyat Bodoh Ka Kerajaan Tak Pernah Tambah Dana 1MDB] Lembaga Pengarah 1MDB urus bayaran kepada IPIC! Hehe, ye ke? MP PKR mahu Johari jelaskan 'surat sokongan' untuk firma Bangladesh.

Rabu, 9 Ogos 2017

Foto Kelab Che Det.
Lembaga Pengarah 1MDB urus bayaran kepada IPIC
Johari Abdul Ghani
Johari Abdul Ghani - Foto bernama

PUTRAJAYA - "1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan menguruskan pembayaran kepada International Petroleum Investment Co (IPIC)," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata, pembayaran itu yang dijadualkan pada 31 Julai 2017, diuruskan di peringkat lembaga pengarah 1MDB.
“Biarlah mereka selesaikan masalah ini, ia adalah soal syarikat. Jika mereka kata mereka akan mampu membayarnya, biarlah kita tunggu mereka bayar,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikanMesyuarat Kumpulan Fokus Bajet 2018 di sini, hari ini.
Mengenai sama ada dana awam akan digunakan sekiranya 1MDB mahu mendapatkan bantuan kerajaan beliau berkata, pihak 1MDB tidak berjumpa dengan Menteri Kewangan.
Laporan sebelum ini menyatakan 1MDB diberi tambahan lima hari bekerja untuk menyelesaikan pembayaran itu, yang merupakan sebahagian penyelesaian membabitkan pertikaian hutang, berjumlah   US$603 juta (kira-kira RM2.58 bilion). - Bernama
Hehe.....ye ke?
Ya Ke?
1. Akhir sekali selepas penjualan endra kpd China company, 1mdb hanya ada baki tunai rm 2.3 bil. itu setahun yg lalu. Now yg nak di bayar ni rm 2.52 bil.
1.1 lagi turun nilai RM...lagi besar RM kena sediakan.
1.2 kalau RM terus turun 2 sen...tambahan RM yg akan di tambah sebanyak rm 50 juta.
1.3 tu tak termasuk tambahan interest dan caj penalti lagi
1.4 itulah malangnya bayaran mesti dalam bentuk usd.
1.5 bila melibatkan. pindahan jual beli USD, adakah US dan FBI serta DOJ tidak memantau?
2. Selepas baki rm 2.3 bil hasil jualan endra itu, 1mdb tiada lagi apa2 alir tunai yg besar.
3. 1mdb juga tertanggung pembayaran kpd pembinaan kem2 tentera dgn LTAT dgn anggaran projek rm 2.1 bil
4. Jika kita kira baki hutang hanya melibatkan bon serta sukuk..kurang2 setiap tahun rm. 1.3 bil komitmen kewangan perlu dibayar...untuk interest.
5. Yg tinggal bagi 1mdb hanyalah aset2..
6. Aset yg ada..tanah...masih tidak dijual.
7. Yg ada..selain dari itu ialah aset kelas 3..iaitu pelaburan katanya UNIT.
8. Malangnya siasatan DOJ dan mahkamah singapore mendapati unit2 tersebut adalah tipu dan tak bernilai.
9. So pemerhatian sekarang semua tertumpu kpd dari mana sumber dana itu akan diperolehi.
ps: apa? kerja bod? eh dulu depa main lenjan je arahan bod berkali2 buat macam beriman lah pulak kali ni.
another missmatch cash flow by bobang dan lim sian see?

MP PKR mahu Johari jelaskan 'surat sokongan' untuk firma Bangladesh


Seorang anggota parlimen PKR menuntut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjelaskan satu surat sokongan yang didakwa dikeluarkan berhubung operasi pekerja asing Bangladesh.
Anggota Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah mendakwa Johari pada April 2015 menulis surat sokongan kepada jabatan imigresen bagi pihak seorang usahawan Bangladesh yang memohon permit kemasukan.
Bagaimanapun ketika dihubungi, menteri itu berkata beliau tidak mengenali usahawan itu secara peribadi.
"Saya tidak kenal lelaki ini. Sepanjang yang saya tahu, sesiapa saja yang datang ke pusat khidmat saya (Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa) untuk surat sokongan perniagaan yang sah, saya akan sokong.
"Surat itu bertarikh April 2015, saya perlu semak sama ada surat itu dikeluarkan oleh pusat khidmat saya terlebih dahulu," katanya kepada Malaysiakini.
Sivarasa menunjukkan salinan surat itu kepada media bahawa Johari dalam surat berkenaan berkata pengusaha itu adalah pemastautin tetap yang tinggal di Malaysia selama 10 tahun dan mempunyai dua syarikat yang berdaftar di sini.
Menurut surat itu, salah satu syarikat yang dijalankan oleh usahawan berkenaan adalah syarikat khidmat pembersihan dan pengemasan hotel.

www.malaysiakini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena