Tuesday, 8 August 2017

[Video 'Saya (PH) jemput Arul 3 kali tolak tapi dengan PAS dia hadir'] Perbicaraan belum bermula dah ada keputusan mahkamah? Har..har..har! Sesama Pas dah berbalah isu terima 'duit Umno'?

Selasa, 8 Ogos 2017

Foto Suara Rakyat.
SUDAH DIJANGKA bila si bodoh bersetongkol dgn si penipu, maka bertambahlah kebodohannya dan tak serik2 ditipu dgn kaki penipu..
SEJAK BILA bayaran RM85,000 yg dikenakan ke atas Sarawak Report ( SR ) adalah kerana fitnah ke atas 'pasti suci' PAS & Najib ??!.. Perbicaraan di mahkamah belum bermula lagi..!!
Tidak heranlah jika wala'unta 'parti suci' jual & jaja pd org kampung kononnya dah menang 'first round' kes saman fitnah RM90 juta..
HAR.. HAR.. HAR..
TAHUKAH ANDA.. Asas "security of cost" yg didepositkan di mahkamah adalah pihak spt SR ingin pastikan jika pihak spt parti suci yg tinggal di luar UK kalah dlm bicara dan di perintahkan byr kos maka jika mereka gagal byr sekalipun, SR masih boleh dptkan kos itu drp Mahkamah melalui wang sekuriti yg didepositkan di mahkamah tsbt.
LAGI SATU.. dlm undang2 ada frasa " cost follows the event" ertinya pihak yg kalah kena byr kos pada pihak yg menang. Oleh kerana SR kalah dlm permohonan utk dptkan perintah mahkamah arah parti suci byr "security for cost", maka SR kena byr parti suci kos permohonan itu yang dilaporkan € 15,000-00. Itu biasa..nothing extra ordinary.

Pas berbalah isu terima 'duit Umno'

 | ARIF ATAN
Dakwaan Presiden Pas menghalalkan parti itu menerima duit Umno tular di media sosial
Pas dilihat sedang berbalah ekoran isu penerimaan wang daripada Umno sekali gus menyaksikan wujudnya perpecahan dalam parti itu terutama dalam sayap pemudanya.
Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda Pas Pusat, Nurul Islam Mohamed Yusoff memberi gambaran presiden parti tersebut menghalalkan duit Umno manakala Zaharudin Muhammad iaitu menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan tuduhan tersebut.
Dakwaan Nurul Islam itu tular di media sosial apabila enam keratan turutan perbualan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu itu dengan individu tertentu di aplikasi Facebook Messenger tersebar.
Beliau berkata, dakwaannya berhubung sikap Abdul Hadi itu boleh disahkan dengan sekumpulan individu yang menziarahi Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslim Sedunia tersebut.
Turut menyertakan foto terdiri daripada 12 individu terbabit dengan majoritinya berkopiah bergambar bersama-sama Abdul Hadi, Nurul Islam menyebut beberapa nama bergelar ustaz sebagai orang yang boleh diminta mengesahkan pendirian pemimpin nombor satu Pas itu.
"Nta (Kamu) tanyalah Ust Muiz dia tanya pasal duit Umno pada TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) dan tanya apa jawapan TGHH pada dia.
"Kemudian boleh tanya pada Ust Ismi Taib yang ada dalam gambar tu. Pendirian dan pandangan ana (saya) sama seperti jawapan TGHH kepada Ust Muiz," dipetik daripada keratan Facebook Messenger yang tular sejak beberapa hari lalu.
Nurul Islam juga sekali lagi mengulangi pertanyaan sama ada individu yang meminta penjelasanya itu merujuk kepada kedua-dua ustaz tersebut.
"Nta tanya Ust Muiz dah apa soalan dia tanya dan apa jawapan TGHH? Dan dah semak dengan Ust Ismi every word (setiap kata) yang disebut oleh Ust Muiz dan TGHH?
"Apa pandangan nta terhadap jawapan TGHH? Nta jawab dulu yang ni," desak Nurul Islam.
Fitnah yang berat
Zaharudin MuhammadBagaimanapun Zaharudin yang juga Ketua Pas Kawasan Subang dalam reaksinya menyifatkan dakwaan Nurul Islam itu sebagai 'fitnah yang berat terhadap Tuan Guru'.
"Perbuatan ini (dakwaan Abdul Hadi benarkan penerimaan wang daripada Umno) boleh menconteng arang bukan sahaja ke muka TG (Tuan Guru), bahkan kepada Pas secara amnya jika tidak dibendung.
"Saya kenali TG jauh lebih dekat berbanding Nurul Islam. TG seorang yang tegas tentang banyak perkara," tegas Zaharudin dalam satu kenyataan terbuka kelmarin.
Beliau menulis kenyataan itu sebagai menjawab tulisan seorang anggota Pas yang menggunakan nama Abu Ulwan di Facebook.
Menurutnya, beliau telah menghubungi hampir semua mereka yang hadir dalam pertemuan dengan Abdul Hadi itu dan mendapati maklum balas diterima bercanggah dengan dakwaan Nurul Islam.
"Sebab itu saya rasa sangat hairan apabila saudara Nurul Islam boleh mendakwa TG bersetuju mengambil duit daripada Umno di dalam majlis yang dihadiri oleh semua rakan yang saya kenal.
"TG di dalam majlis tersebut empat kali ditanya oleh Ustaz Muiz dan empat kali juga TG menyebut larangan mengambil duit Umno dan menyebut bahawa Pas ada ramai ahli dan penyokong korporat, kenapa mesti daripada Umno?" tulisnya lagi.
Nurul Islam Mohamed YusoffTidak kurang menarik perhatian ramai apabila Nurul Islam menafikan dirinya menerima 'duit Umno' sebanyak RM2 juta yang dianggapnya sebagai fitnah.
Dua kali menulis kata 'terima' duit Umno dengan kesemuanya huruf besar, beliau mengalu-alukan individu yang sedang berhubung dengannya di Facebook Messenger itu mengemukakan laporan tatatertib jika mempunyai bukti berkaitan.
"Kalau nta ada bukti ana TERIMA duit Umno, ana persilakan nta buat laporan disiplin ke atas ana segera," katanya lagi.
Difahamkan, Nurul Islam sebelum ini juga pernah membangkitkan hal sama berhubung pendirian Abdul Hadi yang menghalalkan 'makan' duit Umno bahkan hal tersebut kononnya mendapat 'lampu hijau' daripada Majlis Syura.



jgn malu2 wahai geng beruk hitam sekalian..... orang nak bagi rezeki terpijak tu, ambik je lah, tak payah nak berbalah sesama sendiri.... green light dah dapat daripada raja beruk tua suci...... msg to din ayam, mentua borek, menantu rintik..... pi la mabuk, lu pun dah byk melantak $$$$$$$ pknsss, lu & kwn2 lu seronok nampak duk atas kerusi empuk! semua gila kuasa, masyukkkk byk $$$$$$ & tak de perasaan malu dah... sampai tak nak resign, takut kembali jadi susah balik le tu.... kembali bergelumang dgn ayam dan taik2nya kan ;) .woi buang je la serban korang tu, semua tu auta, hipokrit & nampak baik di luaran je... tapi di dalam busuk tahap langau taik! puihhhh...... tak tahu malu punya kaum, dgn pkrrr putus tapi duk dlm bersama lagi.... sedap sangat main c*bai & bermukah dgn janda kan, sampai lupa dah bercerai... alahai geng beruk hitam!!!!! ;)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena