Friday 11 August 2017

[Matai La Kau! Kebangkitan 'Anak Sabah 2017' & Rakyat SABAH Sudah Menolak Kepimpinan Umno] Nothing To Hide 2.0! RAKYAT Mahu Tun Mahathir dan Najib Razak sepentas!

Sabtu, 12 Ogos 2017

Image result for Gambar Nothing to Hide 2.0
Foto Mukhriz Mahathir FC.
Nothing To Hide 2.0! Tun Mahathir dan Najib Razak sepentas?
Orang ramai nampaknya menaruh harapan tinggi untuk melihat dua tokoh disegani ramai, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sepentas pada Majlis Nothing2Hide 2 (N2H2).
Berita tersebut diumumkan oleh Ketua Armada Bersatu pada sidang media Pemuda Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Bersatu, semalam.
Pengguna Facebook, Abd Malik Jamaludin berasakan Najib memanfaatkan peluang itu untuk membersihkan dirinya.
"PM patut hadir program ini kerana ia boleh menangkis fitnah-fitnah pembangkang selama ini seterusnya membersihkan dirinya daripada skandal-skandal yang terpalit," tulisnya.
Pendapatnya disokong pengguna Facebook, Don Moses yang turut mencadangkan supaya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir sama.
"Aku rasa Najib datang dengan Zahid. Inilah masa yang sesuai untuk rakyat menilai mereka," tulisnya.
Bagi pengguna Facebook, Shazwani Mat Nor, dia telah lama menunggu saat menyaksikan kedua-dua pemimpin tersebut di atas pentas yang sama.
"Ini yang paling saya tunggu-tunggu, harap dua-dua adalah," tulisnya.
Sementara itu, ada juga netizen yang bersikap skeptikal mendakwa bahawa majlis tersebut akan dibatalkan pada saat akhir seperti pengguna Facebook, Nick Harris.
"Berani ni? Jangan tiba-tiba keluar kenyataan batal atas sebab-sebab keselamatan," tulisnya yang disokong, Khairul Anuar.
"Mesti dibatalkan atas sebab aduan penduduk setempat," tulisnya pengguna Facebook itu.
Pengguna Facebook, Adam Malik pula mengharapkan persiapan majlis dapat berjalan dengan lancar.
"Harap tiada masalah-masalah teknikal," tulisnya.
Majlis Nothing2Hide 2 (N2H2) turut menjemput semua pimpinan Umno, selain terbuka untuk rakyat dan pengamal media, majlis tersebut turut dibuat dalam suasana diskusi ilmiah dan bukan dalam bentuk pendebatan

1 comments:

Blogger said...

Do you need free Instagram Followers and Likes?
Did you know that you can get them AUTOMATICALLY AND ABSOLUTELY FREE by registering on Like 4 Like?

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena