Friday, 18 August 2017

[Video Mahathir Berjanji Bantu Pulihkan Negara Bila Pakatan Harapan Berkuasa] Pas dilihat menjadi semakin 'getik' dan 'mengada-ngada'? PAS HANYA MAHU HURU-HARAKAN PAKATAN HARAPAN.

Sabtu, 19 Ogos 2017

Related image

PAS HANYA MAHU HURU-HARAKAN PAKATAN HARAPAN


Sudah banyak kali saya menulis tentang perlunya Pakatan Harapan berdiri atas kekuatan sendiri dan melupakan terus Pas dalam perjuangan mereka memenangi piliharaya dan menyelamatkan Malaysia.

Hakikatnya, semakin Pas dirindui dan cuba dipikat semula, mereka jadi  semakin "getik" dan "mengada-ngada".

Lihatlah perkembangan sehari dua ini apabila PKR menyatakan tidak mustahil mereka akan memulakan rundingan dan bekerjasama semula dengan Pas. 

Belum apa-apa, sudah diminta PKR bertaubat nasuha dan dikata kononnya kerjasama itu hanya untuk menggunakan jentera Pas semata-mata.
Pemimpin Pas yang lain pula cuba memecah-belahkan Pakatan Harapan dengan mengungkit-ungkit semula apa yang pernah Tun Mahathir Mohamad lakukan kepada Anwar Ibrahim dahulu, sambil dalam masa yang sama meminta bekas Perdana Menteri itu memohon maaf kepada keluarga Anwar.

Siapa Pas untuk mendesak Tun Mahathir meminta maaf sedangkan Anwar dan keluarganya pun tidak meminta demikian, malah mereka dengan lapang dada dapat bekerjasama untuk sama-sama menyingkirkan Najib Razak yang dirasakan lebih besar mudaratnya?

Lagi pula, bukankah Anwar sendiri sudah menjelaskan sebelum ini bahawa derita peribadi yang pernah dialaminya hanyalah luka kecil berbanding nasib dan masa depan negara?

Selain itu, Pas juga bukanlah anggota Pakatan Harapan, jauh sekali pemimpin yang membangkitkan perkara itu bersaudara dengan Anwar, jadi kenapa mereka perlu sibuk-sibuk tentang hal hubungan Tun Mahathir dengan Ketua Umum PKR itu?

Dalam hal ini, Pakatan Harapan seharusnya yakin dengan kekuatan yang mereka ada dan menyedari bahawa kecondongan Pas terhadap UMNO dan Najib Razak bukanlah rahsia lagi.
Kepada PKR, sedarlah bahawa Paslah yang memutuskan hubungan dengan mereka sebelum ini. Maka, berpada-padalah jika ingin berbaik semula, jangan sampai bak kata pepatah, "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong".

Sementara mereka bersikap "getik" dan "mengada-ngada" terhadap rakan-rakan dalam Pakatan Harapan serta terlihat ingin menghembus angin huru-hara agar gabungan itu berpecah, kecondongan Pas kepada UMNO terus rancak berjalan.

Di Lipis sebelum ini, ada pemimpin Pas hadir dalam mesyuarat UMNO yang dirasmikan Najib dan semalam di ketika lawatan Perdana Menteri ke Permatang Pauh, sekali lagi pemimpinnya hadir sama. Ini adalah susulan beberapa pendekatan berbaik-baik yang diamalkan sebelum ini, termasuk Hadi Awang berpakaian sedondon merah jambu bersama Najib.

Mereka selalu mengatakan tindakan berbaik-baik dan bekerjasama, malah menghadiri program UMNO atau kerajaan adalah amalan politik matang dan sejahtera. Kononnya itulah budaya politik baru Pas  ketika ini di ketika pemimpinnya juga kedapatan mulai kenal dengan jenama BMW, Range Rover, Mini Cooper, Velfire, Audi dan sebagainya.

Tidak salah Pas mengamalkan politik matang dan sejahtera, tetapi kenapa hanya dengan UMNO, BN dan Najib saja ada amalan politik matang dan sejahtera itu?

Kenapa dengan Pakatan Harapan mereka begitu keras dan benci menggila, tetapi dalam masa yang sama tetap berkata mahu menumbangkan UMNO dan BN?

Berikutan sikap Pas itu, sebagaimana yang selalu ditekankan sebelum ini, adalah membuang masa bagi Pakatan Harapan terus menaruh hati kepada Pas. Selain mahu memecah-belahkan Pakatan Harapan, Pas juga akan terus menimbulkan isu-isu remeh dan meletakkan syarat-syarat tak munasabah jika ingin berbaik dengan mereka.
Hakikatnya, mereka memang tidak mahu bersama Pakatan Harapan. Lupakanlah Pas dan tumpu serta gembleng kekuatan yang ada untuk memenangi pilihanraya dengan asas kemajmukan untuk memberi kesejahteraan dan menyelamatkan negara.

Biarkan saja Pas tenggelam bersama UMNO, BN dan Najib yang kian kelemasan dek arus penolakan rakyat pelbagai kaum ketika ini. Biarkan Pas dikenali sebagai parti Islam, tetapi tidak malu menyokong kleptokrasi.

Pakatan Harapan dalam pilihanraya akan datang adalah simbol penyelamat negara, manakala Pas yang kini berbangga dengan amalan politik matang dan sejahtera mereka sebenarnya hanya ingin memastikan Najib terus kekal berkuasa. Noktah.  (ShahbudinHusin 18/08/2017)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena