Friday, 18 August 2017

[Video Selagi Najib Razak & BN Ada Jangan Mimpi Kebajikan Rakyat Terjaga] KENAPA ZAHID HAMIDI BIMBANG WUJUDNYA BANYAK KEM DALAM UMNO?

Sabtu, 19 Ogos 2017

KENAPA ZAHID HAMIDI BIMBANG WUJUDNYA BANYAK KEM DALAM UMNO?


Kewujudan kem-kem dalam UMNO adalah perkara biasa dan ia telah pun berlaku sejak dulu lagi. Ia biasanya diwujudkan oleh mereka yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri.

Dulu pernah ada  kem Musa Hitam, kem Tengku Razaleigh, kem Anwar  Ibrahim, kem Tun Abdullah Badawi, kem Najib Razak dan pelbagai lagi.

Zahid Hamidi yang hari ini menggesa agar tidak diwujudkan kem-kem tertentu kerana perkara itu, katanya boleh menjejaskan harapan UMNO untuk mengekalkan kemenangan dalam pilihanraya, tentu sekali sedar mengenainya lantaran beliau sendiri pernah di dalam kem Anwar dan Najib sebelum ini.

Dalam UMNO sejak kepimpinan Najib pula, semua pihak sedar wujudnya Muhyiddin Yassin, kem Zahid Hamidi, kem Hishammuddin Hussein dan kem Shafie Apdal.


Disebabkan Muhyiddin dan Shafie Apdal sudah dipecat daripada UMNO, yang tinggal dan menjadi sebutan buat seketika ialah kem Zahid Hamidi dan kem Hishammuddin.

Namun demikian, kem-kem yang baru terus wujud kerana sentiasa ada pemimpinnya yang mahu naik ke atas dan tidak cukup sekadar menjadi menteri saja.

Sebab itu, selain kem Zahid Hamidi dan kem Hishammuddin yang sedia ada, sekarang ini sudah wujud pula antaranya kem Khairy Jamaluddin dan kem Ismail Sabri Yaakob.

Kedua-duanya, Khairy Jamaluddin dan Ismail Sabri dilaporkan sudah mula bergerak untuk menawarkan diri merebut jawatan Naib Presiden dalam pemilihan UMNO yang akan datang.

Jika UMNO terus berkuasa selepas PRU 14 (harapnya tidak) dan menjelang pemilihan UMNO 2018, pasti beberapa kem lagi akan wujud di mana ketua kem tersebut biasanya akan menawarkan diri sekurang-kurangnya bertanding jawatan Naib Presiden atau jawatan kanan yang lain.

Sekadar untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, seseorang itu tidak perlu mewujudkan kem, sebaliknya memadai dengan menumpang di sana sini saja.

Bahkan sejak beberapa minggu lalu wujud satu lagi kem iaitu kem Jamal Md Yunos  sebaik saja beliau mengumumkan mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO bagi menggantikan tempat Khairy Jamaluddin.

Tidak mustahil, kiranya beliau menang nanti, kem Jamal Md Yunos akan menjadi salah satu faktor dan sebutan dalam UMNO.

Selepas ini, mungkin akan wujud lagi pelbagai kem seperti kem Abdul Rahman Dahlan, kem Salleh Said Keruak, kem Ahmad Maslan dan dua tiga kem yang lain.

Maknanya, kewujudan kem-kem dalam UMNO adalah perkara biasa dan ia akan terus tumbuh melata untuk merebut kuasa dan harta yang ada dalam negara.

Soalnya, kenapa Zahid Hamidi tiba-tiba bimbang dengan wujudnya kem-kem dalam UMNO sedangkan beliau sendiri pernah berada dalam dua  kem tersebut sebelum ini dan kem atas namanya sendiri pula masih ada sehingga sekarang?

Adakah ia benar-benar untuk menang pilihanraya atau kepentingan masa depan politiknya?

Apakah Zahid Hamidi hanya mahu kemnya saja dibenarkan wujud, manakala kem-kem lain tidak dibolehkan bertapak lagi dalam UMNO?

Atau Zahid Hamidi kini sedar kemnya sudah mulai pudar berikutan Najib didapati lebih banyak menampakkan kecondongan kepada Hishammuddin, lalu perlunya beliau meraih simpati dengan harapan kedudukannya sebagai orang nombor dua dalam kerajaan sentiasa diberi lebih perhatian?  (ShahbudinHusin 18/08/2017)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena