Wednesday 9 August 2017

[Video Polis ambil keterangan Zahid mengenai video cerca TPM & Zahid Md Arip lepas dari reman SPRM] Yang bener Wak? Baru tandatangan ikrar, TAKKAN DAH ISYTIHAR BEBAS RASUAH?

Rabu, 9 Ogos 2017

BARU TANDATANGAN IKRAR, TAKKAN DAH ISYTIHAR BEBAS RASUAH?

Menjadi kaya dan memiliki kekayaan, biar banyak mana sekali pun jumlahmya tidaklah menjadi kesalahan, asalkan ia diperolehi dengan cara yang betul dan melalui saluran yang tidak bersalahan dengan undang-undang.

Yang salah hanyalah jika kekayaan itu diperolehi dengan cara rasuah atau menjalankan perniagaan yang bertentangan dengan undang-undang.

Dalam kes Ahmad Zahid Hamidi, perkara yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir Mohamad ialah daripada mana dan bagaimana kekayaan sebanyak RM230 juta yang dilaporkan dimilikinya pada tahun 1996 itu diperolehi.

Dulu Tun Mahathir berkata, jawapan Zahid Hamidi mengenai kekayaan itu tidak berapa meyakinkan, maka tanggungjawab beliau sekarang hanyalah perlu memberi penjelasan yang benar-benar jujur, betul dan tepat mengenainya.

Rata-rata ramai yang tahu beliau ketika itu adalah ahli korporat dengan memiliki saham di beberapa syarikat senaraian awam, selain menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional.

Kesediaan Zahid Hamidi agar SPRM menyiasat kekayaannya memang dialu-alukan dan jika benar kekayaannya diperolehi dengan cara yang betul dan melalui perniagaan yang diuruskannya, tiada apa yang harus dibimbanginya.

Lebih baik dan berwibawa, jika kekayaan Zahid Hamidi yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir itu tidak sekadar disiasat oleh SPRM, tetapi juga oleh badan penyiasat bebas dan kemudian hasilnya didedahkan kepada orangramai.

Cuma, yang agak menjegkelkan serta sedikit keterlaluan, sementara beliau bersedia dirinya disiasat dan siasatan belum pun dijalankan lagi, hanya baru menyaksikan majlis menandatangani ikrar bebas rasuah bersama Jabatan Imigresen saja, Zahid Hamidi sudah dengan penuh yakin mengisytihatkan dirinya, KDN dan jabatan-jabatan di bawahnya sebagai bebas rasuah.

"Saya, KDN dan semua jabatan di bawahnya adalah bebas rasuah. Bukah mudah untuk menterjemahkan diri sendiri dan anak-anak buah bebas daripada rasuah.

 "Tetapi ia boleh dilakukan jika kita ada pegangan yang tinggi," kata beliau selepas menyaksikan majlis menandatangai ikrar bebas rasuah Jabatan Imigresen bersama lebih 400 kakitangan jabatan itu.

Yang bener Wak?

Takkan baru tandatangan ikrar saja sudah berani isytihar diri sendiri dan semua jabatan sebagai bebas rasuah?

Benarkan semua jabatan di bawah KDN benar-benar bebas daripada rasuah dengan hanya menandatangani ikrar tersebut?

Bukankah ikrar itu hanya berupa komitmen semata-mata, tetapi tidaklah berupa jaminan seratus-ratus bahawa semua orang yang menandatanganinya betul-betul bebas daripada amalan rasuah?

Kenapa Zahid Hamidi terlebih lajak daripada laju?

Adakah beliau menyindir sesiapa dengan pengakuan dirinya bebas rasuah itu?  (ShahbudinHusin 09/08/2017)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena