Sunday 13 August 2017

[Video Nothing 2 Hide: Kecoh dalam dewan, bertumbuk diluar] Kasut dibaling ke arah Dr M, kerusi terbang dalam Nothing to Hide 2

Ahad, 13 Ogos 2017


Kasut dibaling ke arah Dr M, kerusi terbang dalam Nothing to Hide 2
Program Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam hari ini bertukar ganas apabila berlaku pergaduhan di dalam dewan tempat berlangsung acara itu.
Kekecohan bermula ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan peserta mengenai peristiwa Memali, apabila tiba-tiba kemudian kasut dibaling ke arahnya.
Bagaimanapun beberapa petugas keselamatan berjaya melindungi bekas perdana menteri itu.
Keadaan menjadi tidak terkawal selepas penyokong bertindak balas dengan membaling kerusi di dalam dewan.
Dalam keadaan kelam kabut itu, Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam yang menjadi lokasi acara itu juga dibakar dengan suar.
Sekurang-kurangnya dua suar dinyalakan di lokasi berkenaan oleh individu tidak dikenali, menyebabkan kepulan asap memenuhi dewan.
Keadaan menjadi semakin tegang apabila berlaku pergelutan antara penyokong BERSATU dan individu yang melakukan provokasi berkenaan sehingga keluar dewan.
Penyokong BERSATU kemudian menahan sekurang-kurangnya dua individu memakai baju BERSATU, yang disyaki sebagai pengacau. 
Suspek berkenaan, yang turut kelihatan cedera akibat dipukul, kemudian diserahkan kepada pihak polis.

malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena