Tuesday, 15 August 2017

[Video CCTV dalang Nothing to hide 2.0 (Jamal terkejut) & Tun M BERSUARA ISU INSIDEN] Dr M: Cara ganas akan digunakan jika Najib kalah.

Selasa, 15 Ogos 2017


Dr M: Cara ganas akan digunakan jika Najib kalah

Kekecohan pada forum Nothing to Hide 2.0 Ahad lalu adalah tanda kemungkinan keganasan lebih masa masa hadapan sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tewas pada pilihan raya umum yang akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya takut ini adalah satu petanda yang cara ganas ini akan digunakan pada masa depan.

“Saya harap tidaklah, saya harap kita akan ada pilihan raya umum dengan tertib.

“(Namun) kemungkinan ini, kita mesti buat persediaan, kita tidak mahu lihat negara kita ni berada dalam keadaan huru-hara yang tidak dingini,” katanya menerusi sebuah klip video yang dimuat naik di laman Facebook.
Mahathir berkata beliau khuatir jika Najib ditumbangkan semasa pilihan raya umum nanti, beliau akan mencetuskan huru-hara dalam negara ini supaya darurat boleh diisytiharkan dan parlimen digantung.
“(Apabila) darurat diisytiharkan dan parlimen ditangguh, undang-undang juga akan diketepikan.
“Saya takut ini adalah satu petanda yang cara ganas ini akan digunakan pada masa depan,” katanya.
Program Nothing to Hide Ahad lalu yang bermula pada jam 3 petang itu kemudian bertukar menjadi ganas pada kira-kira jam 5.30 petang, ketika Dr Mahathir sedang menjawap soalan mengenai isu Memali.
Selipar dan kasut dilemparkan ke arah Dr Mahathir. Ini diikuti oleh beberapa objek lain termasuk kerusi, botol air dan suar di dalam dewan.
Bagaimanapun, tiada objek mengenai Mahathir apabila anggota keselamatan bergegas untuk melindunginya. Pertempuran kemudian berlaku apabila penyokong BERSATU cuba menghadapi provokasi berkenaan yang akhirnya melarat ke luar dewan.
Ditanya sama ada kekecohan sengaja dicetuskan dan adakah beliau mengesyaki Umno mendalangi kejadian berkenaan, Pengerusi BERSATU itu berkata beliau tidak tahu.
Walau bagaimanapun, beliau yakin bahawa mereka adalah penyokong Najib.
“Sama ada mereka ahli Umno ke (atau) tidak itu soal lain. Tapi mereka nampaknya cuba sokong Najib dengan menamatkan forum kita supaya Najib terselamat.
“Ini saya terfikir terdiri dari mereka yang penyokong kerajaan, sama ada dari Umno saya tidak tahu, tapi ada keungkinan,” katanya.
Najib walaupun dijemput ke forum itu, walau bagaimanapun tidak hadir.
malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena