Friday 11 August 2017

[Video Sambut Merdeka Dengan Bayar Hutang IPIC - 1MDB] PH tunggu masa terbaik lancar sentuhan akhir tawan Johor

Sabtu, 12 Ogos 2017

Image result for Logo Merdeka 2017

PH tunggu masa terbaik lancar sentuhan akhir tawan Johor

PH tunggu masa terbaik lancar sentuhan akhir tawan Johor

Kejayaan kepimpinan utama parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) menubuhkan struktur kepimpinan PH di peringkat nasional adalah satu sentuhan bijaksana dalam beberapa sebelum Pilihan Raya Umum ke 14.
Menurut Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Salahuddin Ayub, kelancaran penubuhan PH di Johor dan kekuatan gerak kerja bersama pula akan menjana kemenangan pembangkang buat pertama kali menawan kubu kuat Umno itu.
Katanya, beberapa strategi telah diatur dan cara terbaik hanya menunggu masa untuk dilaksanakan bagi menjatuhkan BN di negeri itu dalam PRU 14.
“Johor adalah destinasi kejayaan PH bagi PRU14. Segala persiapan telah diurus dengan sebaik mungkin. Sesiapa yang turut serta berpencak silat pastinya asyik dengan paluan gendang dan rebana rentak tarian politik negeri paling selatan dalam negara ini. Mereka tentunya dapat merasakan debaran kemenangan yang semakin hari semakin hampir.
“Sehubungan itu, kepimpinan utama PH Johor sedang menunggu masa terbaik untuk melancarkan sentuhan politik terakhir bagi menyempurnakan formula kemenangan bersejerah PH di Johor.
“Sentuhan akhir ini sangat penting untuk membina keyakinan dan kepercayaan rakyat Johor terhadap tokoh-tokoh kepimpinan PH yang berkemampuan untuk menjunjung amanah rakyat di Johor,” kata Salahuddin dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, PH dalam beberapa bulan kebelakangan ini berada dalam posisi terbaik dan amat diyakini rakyat untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri.
“Sikap serta jiwa besar, keterbukaan, kebijaksanaan dan saling hormat kepimpinan PH Johor untuk menerima secara konsensus kepimpinan PH Johor adalah formula bagi melonjakkan kemenangan yang efektif.
“Untuk itu, Umno-BN Johor tidak dapat menyembunyikan isyarat geruh kecundang bila mereka berkonvensyen baru-baru ini.
“Dalam diam BN Johor menerima hakikat bahawa Bangsa Johor tidak boleh lagi memberi mandat kepada kepimpinan BN yang korup. Bangsa Johor akan kembali cemerlang bersama PH,” katanya lagi.
Posted By: Redzuan

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena