Sunday 13 August 2017

[Video Rakaman eksklusif mulanya 'serangan' terhadap Tun M] Program Nothing To Hide kecoh, cubaan sabotaj.

Isnin, 14 Ogos 2017


Image result for Gambar Nothing To Hide

Program Nothing To Hide kecoh, cubaan sabotaj

Program Nothing to hide yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam petang ini digganggu sehingga memaksa ia ditamatkan segera.
Kejadian berlaku apabila salah seorang hadirin bertanyakan berkaitan isu Memali kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sejurus selepas Mahathir menjawab pertanyaan tersebut terdengar pekikan yang tidak berpuas hati dengan jawapan Mahathir.
Lantaran itu terdapat dalam kalangan hadirin yang membaling kerusi dan bom asap dilontarkan di hadapan hadirin dan ada yang mencampakkan botol air mineral ke arah pentas.
Ada seorang suspek di tahan di luar kawasan dewan ketika melarikan diri dan id kejar armda dlm kejadian berlaku.
Orang ramai panik lalu berlari keluar dewan dan merempuh sesama sendiri apabila bom asap yang sama dicampakkan ke arah kerusi media.
Berlaku pertempuran antara Armada dan suspek yang dipercayai melontarkan bom asap ke arah hadirin.
Manakala pergelutan turut berlaku antara Armada dan suspek yang berjaya ditangkap.
Supek didesak memberikan kenyataan terhadap khianat yang dilakukan.
Difahamkan, dua suspek ditangkap polis dan dibawa ke IPD Shah Alam.
Sabotaj dirancang 
Sementara itu, Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sidang medianya berkata, bom asap dan beberapa benda lain dibaling ke arah Mahathir oleh pihak tertentu untuk mencederakan beliau dan mensabotaj forum.
Beliau berkata, ia seperti telah dirancang awal dan pihaknya mengesan beberapa individu yang menyamar sebagai ahli Armada dengan memakai baju rasmi mereka.
"Daripada siasatan polis mereka ini pakai baju Armada tetapi bukan secara rasmi dari Armada kerana sambil lari mereka tanggalkan baju Armada.
"Mereka diberi baju percuma di kalangan pelajar yang diguna untuk sabotaj program ini," katanya.
Justeru pihaknya akan membuat laporan polis dengan menyerahkan bahan bukti seperti rakaman video dan baju yang ditanggalkan.
Armada katanya sangat kecewa terhadap kejadian yang berlaku kerana ia menggambarkan sikap samseng, bukan secara berhujah.
Kejadian hari ini bagaimanapun tidak menghalang Armada untuk terus menganjurkan program sedemikian.
"Mewakili Armada dan Bersatu kami kecewa kerana kami mengemukakan hujah bukan budaya gengsterisme kerana dialog boleh wujud tenang dan elemen sabotaj ini wujud dan harap polis ambil tindakan.
"Walaupun pihak tidak bertanggungjawab menghalang kami akan teruskan majis begini dan Dr Mahathir bersedia pada bila-bila masa untuk memberikan penerangan.
"Kalau ada mana-mana ahli Armada dan Bersatu bersekongkol kami berharap polis akan menghukum ke atas mereka yang terbabit tidak kira mana-mana parti politik sekalipun," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena