Friday 11 August 2017

[Video 'Mana pergi RM100 juta dalam KBS, siapa yang nak jadi hero'] Dr Hatta: PH berpotensi menang kebanyakan kerusi di Semenanjung & Semakin dekat PRU, harga barang melambung, ekonomi kucar kacir!

Jumaat, 11 Ogos 2017

Related image

PH berpotensi menang kebanyakan kerusi di Semenanjung – Dr Hatta

Pengarah pilihan raya Parti Amanah Negara Dr Hatta Ramli berkata, Pakatan Harapan (PH) berpotensi menang di kebanyakan kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia.
Katanya, prestasi PH kali ini dijangka akan lebih baik berbanding pilihan raya umum (PRU) ke 13 lalu berikutan peningkatan sokongan kaum Melayu selain sokongan yang tidak banyak berubah dari pengundi kaum Cina dan India.
“PH kali ini ada peluang untuk menang lebih banyak kerusi Parlimen dan kerusi DUN di negeri Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Johor selain mengekalkan kedudukan di Pulau Pinang dan Selangor.
“Di Sarawak pula PH boleh menambah jumlah kerusi Parlimen manakala di Sabah saya jangkakan parti Warisan (dipimpin Shafie Apdal) akan membuat kejutan,” kata Ahli Parlimen Kuala Krai itu.
Selain itu, beliau menjangkakan Parlimen akan dibubarkan pada awal bulan September (selepas Hari Raya Aidiladha) dan PRU14 boleh diadakan pada bulan Oktober.
“Biasanya desas-desus di Malaysia akhirnya akan terbukti benar. Contohnya kes desas-desus kenaikan harga minyak masak pada 1 November tahun lalu yang dibincangkan di media sosial seminggu sebelum kenaikan benar-benar berlaku.
“Justeru itu, saya berpendapat tarikh PRU14 pada bulan Oktober tidak boleh diremehkan begitu sahaja. Walau apa pun, kita sudah bersedia menghadapi cabaran sengit dari pihak lawan,” jelas Dr. Hatta.

Posted By: Selena Tay
Image result for Barang Naik

Semakin dekat PRU, harga barang melambung, ekonomi kucar kacir

Walaupun isu hangat masa kini ialah tarikh pilihan raya umum Ke-14 (PRU14) dan 1MDB namun untuk suri rumah, Pauline Tan, 45 tahun yang menetap di Kepong Baru, isu utama bagi beliau ialah kenaikan harga barang runcit terutamanya barang keperluan harian.
Pauline yang mempunyai 2 orang anak lelaki sedang bersekolah dan seorang anak perempuan yang menuntut di institut pengajian tinggi swasta mendapati pada masa ini kos sara hidup amat membebankan bagi keluarga beliau.
“Semua barang mengalami kenaikan harga sekurang-kurangnya 50 sen dan ada ubat tradisi Cina untuk sakit tulang belakang mengalami kenaikan dari RM10 hingga RM12 sebotol.
“Barang makanan yang diimpot seperti mentega sudah mencecah RM10. Biskut buatan negara kita pun sudah mahal, sekurang-kurangnya RM3 untuk beberapa keping sahaja.
“Mi segera meningkat harga, begitu juga minuman dalam tin dan kotak. Saya sudah tidak membeli semua itu, hanya membeli sayur, ikan, daging dan barangan dapur dari pasar pagi sahaja selain dari mihun secara pukal.
“Adakah kerajaan kita akan ambil tahu tentang perkara yang sedang berlaku ini?” tanya Pauline.
Suaminya yang bekerja sebagai kontraktor mengubahsuai rumah juga merungut harga bahan binaan seperti simen, jubin dan cat telah melambung. Hal itu menyebabkan margin keuntungan mengecil dalam pasaran yang terlalu tawar-menawar kerana rakyat semakin berjimat.
“Saya amat marah terhadap kerajaan BN yang gagal mengawal harga minyak dan minyak masak. Inilah punca kenaikan harga semua barang.
“Harga petrol RON95 dan diesel sepatutnya jangan melebihi RM2 seliter. Kerajaan BN selalu mengheboh-hebohkan mereka prihatin terhadap nasib rakyat tetapi saya terus-terang kata mereka hanya pandai beretorik sahaja menjelang PRU14,” kata Pauline kepada Suara pakatan daily.
Beliau berpendapat walaupun kerajaan selalu menggesa rakyat agar tidak percayakan pembangkang kerana mengeluarkan kenyataan negara sedang menghadapi kekangan kewangan namun kenyataan para pemimpin Pakatan Harapan (PH) telah dibuktikan benar dan berasas apabila harga semua jenis barang keperluan naik mendadak.
“Rakyat sekarang lebih percayakan pemimpin Pakatan kerana saban hari ada saja harga barang yang mengalami kenaikan.
“Selain dari itu, saya baca dalam laman sesawang mengenai isu 1MDB dan rakan-rakan usahawan suami saya telah menyatakan bahawa masalah 1MDB secara tidak langsung telah menyebabkan kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup kerana sekarang kerajaan amat memerlukan wang dari rakyat,” tambah Pauline.
Posted By: Selena Tay

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena