Wednesday, 23 August 2017

[Video Melayu dengan 'musuhnya' & Gold - Khairul Hafiz B J (MAS) 10.38] Melayu tidak akan mati jika UMNO mati! Mahathir sokong tubuh RCI Memali.

Rabu, 23 Ogos 2017

Foto Otai BERSIH.
Melayu tidak akan mati jika UMNO mati.. melayu takkan terbangsat andai UMNO sudah jadi bangsat.. melayu takkan hilang didunia jika UMNO hilang dimuka bumi..melayu takkan hilang maruah andai UMNO sudah dikuburkan.. melayu lebih hebat dan matang tanpa UMNO.. kerana UMNO hanyalah parti politik bukan nya nyawa melayu.. UMNO hanyalah ibarat LAMPIN PAKAI BUANG sahaja...


Mahathir dakwa ada banyak bukti berkaitan Memali, sokong tubuh RCI

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau mempunyai banyak bukti berkaitan peristiwa Memali dan mengalu-alukan sekiranya kerajaan mahu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini berkata, dengan adanya RCI kerajaan akan mendapat keuntungan daripada isu Memali ini kerana ia menjadi 'Term of Reference' pada masa kini.
Berbanding menubuhkan RCI untuk menyiasat salah laku ketika pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
"RCI boleh buat keputusan sebelum RCI bersidang dan Kerajaan boleh mendapat untung kerananya. Ini tentulah menjadi Terms of Reference (TOR) dizaman ini.
"Kerajaan jangan adakan RCI berkenaan 1MDB, duit sebanyak 2.6 billion Ringgit dalam akaun Datuk Seri Najib, duit KWAP yang lesap, hutang berbillion Ringgit yang tidak dapat dibayar, pembelian stesen jana elektrik dengan harga yang lebih mahal dari nilai pasaran dan dijual dengan harga murah sehingga rugi berpuluh juta, pengeluaran filem lucah Wolf of Wall Street, pembelian harta di United Kingdom (U.K) dan Amerika dengan duit 1MDB mengikut Department of Justice (DOJ). Ini semua bukan jenayah.
"Ya. RCI tidak perlu untuk semua ini. Bukanlah A.G telah sahkan ia semua halal," ujarnya dalam catatan di blog hari ini.
Malah bekas perdana menteri ini juga mahu sekiranya RCI ditubuhkan kerajaan juga perlu menyiasat semula apa yang telah beliau bina selama 30 tahun lalu.
"Banyak lagi perkara yang telah diselesai 30 tahun dahulu perlu disiasat oleh RCI. Pembinaan Menara Berkembar, Putrajaya, Cyberjaya, Lebuhraya PLUS, KLIA, Westport, dan lain-lain.
Amanat Hadi"Semua ini perlu disiasat dengan diketuai oleh tokoh keadilan terkenal berslogan “Just do it”. Buat sahaja apa yang disuruh. Jangan soal," ujarnya.
Bahkan Dr Mahathir turut memuat naik salinan "Amanat Haji Hadi" agar siasatan RCI itu kelak bermula daripada menyiasat amanat tersebut.
"Untuk memulakan siasatan RCI Memali saya siar di sini “ Amanat Haji Hadi”. Dianya ada kaitan rapat dengan peristiwa Memali. Amanat ini menggalakkan perjuangan lawan Kerajaan sebagai jihad dan kematian pejuang adalah syahid.
"Dengan itu, pada 19hb November 1985, jam 11 pagi, pasukan polis diserang hendap (oleh orang dekat rumah Ibrahim Libya) dan seorang Inspektor dan seorang Sarjan polis dibunuh, seorang lagi Konstabel cedera parah. (Dari ucapan Pemangku Perdana Menteri di Parlimen pada 20 November 1985).
"Yang jelas ialah polis yang terbunuh dahulu, kerana pengikut Ibrahim berjihad kononnya," ujar Dr Mahathir.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena