Thursday 10 August 2017

[Video MP PKR: PR1MA hanya janji manis BN & Rafizi - ISU WANG PENCEN DAN KEBAJIKAN PARA TERNTERA] Rumah Prima: Kerajaan BN janji nak bina 500,000 unit tapi yang siap hanya 8,475 unit sahaja?

Khamis, 10 Ogos 2017


Rumah Prima : Kerajaan BN janji nak bina 500,000 unit tapi yang siap hanya 8,475 unit sahaja

PARLIMEN l Kerajaan BN yang ini dibidas kerana didakwa "berbohong" kepada rakyat mengenai perumahan yang mampu dimiliki.
Dalam membuat dakwaan itu, ahli parlimen PKR Sim Tze Tzin memetik jawapan bertulis parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Jawapan itu mengesahkan bahawa hanya 8,475 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) siap sejak penubuhan PR1MA pada tahun 2013.
Sim berkata, BN dalam manifesto pilihan raya umum lalu, berjanji untuk membina 1,000,000 rumah mampu milik termasuk 500,000 unit PR1MA.
"Tetapi jawapan yang saya terima itu mengejutkan," kata ahli parlimen Bayan Baru itu pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.
Daripada 8,475 unit yang telah disiapkan itu, hanya 934 kunci diserahkan kepada pemilik masing-masing, kata Sim memetik jawapan bertulis itu selanjutnya.
"Kerajaan tidak berbuat apa-apa, mereka gagal dan tidak dapat menunaikan apa yang dijanjikan, inilah BN," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena