Tuesday 8 August 2017

[Video Macam burung belatuk! 'PAS faham ke apa Arul Kanda cakap?'] DUA KALI tertunggak? 1MDB perlu bayar hutang IPIC pada 31 Ogos pula & Sebab itulah 'PH tiada bersama2 PAS utk turut serta bincang dgn penipu Arul!'

Selasa, 8 Ogos 2017
Foto Suara Rakyat.

PERSOALAN...
1) Jika ikut janji mulut Arul Kanda yg telah beberapa kali kantoi menipu dlm skandal #1MDB, pelan rasionalisasi kononnya dh selesai awal tahun lepas lagi, KENAPA PAS masih duduk bersama berbincang dgn penipu Arul bincang pasal pelan rasionalisasi itu ?

2) Jika penipu Arul masih dok bincang bersama PAS mengenai pelan rasionalisasi itu lagi, INI BERMAKNA pelan rasionalisasi itu sebenarnya telah gagal yg mana ia sepatutnya telah selesai awal tahun lepas lagi..

INI TERBUKTI hari ini 1MDB telah gagal bayar denda RM2.6 bilion DUA KALI yg tertunggak pada tarikh 31 Julai 2017 dan 8 Ogos 2017 (tarikh lanjutan)..

Sebab itulah Pakatan Harapan (PH) tiada bersama2 PAS utk turut serta bincang dgn penipu Arul.

BUAT APA NAK BINCANG DENGAN KAKI PENIPU !!



1MDB perlu bayar hutang IPIC pada 31 Ogos

Abu Dhabi memberi tempoh lanjutan kepada 1MDB untuk membayar hutang bernilai AS$603 juta yang sepatutnya dijelaskan hari ini, lapor sebuah agensi berita antarabangsa.
Memetik sumber yang dekat dengan perkembangan itu di Abu Dhabi, Reuters melaporkan 1MDB diberi tempoh sehingga 31 Ogos untuk melunaskan tanggungjawab berkenaan.
Mengikut perjanjian dicapai dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) pada April lalu, 1MDB bersetuju membayar AS$1.2 bilion kepada syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu melalui dua peringkat.
Bayaran pertama - kira-kira AS$600 juta - perlu dibayar pada 31 Julai lalu.
Bagaimanapun 1MDB gagal memenuhi komitmen itu, namun IPIC memberikan tempoh tambahan lima hari lagi kepada syarikat pelaburan kerajaan Malaysia itu.
Pengumuman mengenai lanjutan tempoh itu dijangka akan dibuat lewat hari ini kata sumber berkenaan.
Ketika dihubungi Reuters syarikat Mubadala - yang bergabung dengan IPIC awal tahun ini - enggan memberi sebarang komen.
Sementara itu Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah yang dipetik Bernama berkata 1MDB sedang berunding untuk mendapatkan lanjutan tempoh bayaran balik hutang berkenaan.
Bagaimanapun akhbar Straits Times Singapura melaporkan, permohonan itu sudah diberikan kepada 1MDB.
"Apabila tiba masanya nanti kami akan membuat bayaran. Kami akan menandatangani perjanjian lanjutan tempoh dengan mereka," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena