Friday 25 August 2017

[Video Jangan 'hina', kata MP PKR pada PAS] William MP PKR Selayang rela kerjaya politik jadi abu.

Sabtu, 26 Ogos 2017

William rela kerjaya politik jadi abu


Anggota Parlimen PKR, William Leong menceritakan bagaimana seorang sami Buddha telah membakar dirinya untuk menyampaikan mesej.
Walaupun Anggota Parlimen Selayang itu tidak akan berbuat demikian, namun beliau bersedia untuk melihat kerjaya politiknya "menjadi abu" atas dasar mempertahankan prinsip.
Dalam temu bual dengan Malaysiakini hari ini,  William berkata beliau tiada ruang untuk mempertimbangkan semula keputusan keluar daripada biro politik PKR berikutan rundingan berterusan parti itu dengan PAS.
"Sekiranya saya serius menegaskan tentang isu ini. Saya tidak boleh mengatakan esok bahawa saya telah mengubah fikiran saya, saya tidak boleh membunuh diri tetapi saya boleh membakar kerjaya politik saya," katanya.
Leong berharap keputusannya akan meyakinkan kepimpinan PKR untuk menimbangkan semula kerjasama dengan PAS.
"Ia bukan seperti tuntutan atau ugutan - ia dibuat atas dasar untuk memberitahu PKR bahawa ini adalah isu penting, dan mereka perlu memikirkannya sekali lagi," jelasnya yang telah berkhidmat selama dua penggal.
William, 60 menegaskan bahawa walaupun kompromi penting dalam politik, namun ia harus berasaskan prinsip.
"Pada 2008, kompromi datang dari PAS- mereka memutuskan untuk berubah kepada negara berkebajikan (Dari objektif awal untuk menubuhkan negara Islam).
"Bagaimanapun, sekarang mereka telah membawanya kembali. Sekarang , tiada konsesi dan tiada tanda akan terjadi sebarang perubahan dalam pendirian mereka," jelas beliau.
William berkata, PKR tidak boleh mengorbankan prinsipnya demi memenangi pilihan raya umum akan datang.
"Orang akan mengatakan bahawa kamu tiada pendirian.
"Selama 14 tahun ini, PAS telah buat apa yang mereka kata. Mereka mempunyai keberanian lakukan ini. Saya secara peribadi fikir bahawa PKR perlu mengambil langkah itu juga," tambah beliau.
William berkata, dua tahun lalu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Datuk Seri Azmin Ali bersedia melakukan kompromi berkaitan hubungan dengan PAS, dan ada harga besar yang perlu dibayar untuk itu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena