Wednesday, 9 August 2017

[Video Zahid Mat Arip dapat maklumat - Tak lama lagi, satu lagi episod NGERI dalam Umno & Pemuda Umno jadi 'kucing kurap'] Lima tawaran HARAPAN untuk selamatkan KTMB daripada Umno!

Rabu, 9 Ogos 2017

Lima tawaran HARAPAN untuk selamatkan KTMB daripada UMNO


KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Pakatan Harapan (HARAPAN) menentang Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) yang melibatkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC).
Perjanjian berkenaan yang sepatutnya selesai pada 2018, akan memindahkan semua aset dan ‘rolling stock’ yang dimiliki KTMB kepada RAC.
Ia, menurut HARAPAN, dilihat sebagai ‘pintu belakang’ bagi Kerajaan Persekutaan memberikan akses kepada syarikat kroni menggunakan rangkaian rel untuk mengambil alih perkhidmatan KTMB termasuk ‘freight and haulage’ yang merupakan 42 peratus hasil syarikat keretapi itu.
Malah, melalui perjanjian itu juga, kata HARAPAN, kos operasi yang ditanggung KTMB akan meningkat ekoran RAC akan mengenakan caj kepada syarikat terbabit bagi penggunaan ‘rolling stock’.
Selain itu, kata gabungan itu lagi, RAC dengan 38 pekerja tidak akan mampu menguruskan asetnya dengan baik dan dibimbangi akan menawarkan kerja-kerja berkenaan secara kontrak kepada syarikat kroni UMNO.
Justeru, HARAPAN dalam sidang media hari ini menawarkan perjanjian yang menurut mereka lebih adil kepada pengurusan KTMB termasuk 6,000 pekerjanya berbanding perjanjian yang ditawarkan UMNO melalui RNAA, apabila berjaya menawan Putrajaya kelak.
Selain berazam untuk membatalkan RNAA, HARAPAN dalam tawaran perjanjian itu turut mencadangkan agar aset milik RAC dipindahkan ke KTMB bagi tujuan untuk memaksimumkan nilai aset tersebut.
Ini kerana kapasiti kecil RAC, menurut HARAPAN, akan menghalang agensi itu daripada menambahkan pendapatannya melalui sumber seperti ‘Transit-Oriented Development (TOD)’, pengiklanan serta penjualan barangan.
“Aset-aset ini perlu dipindahkan ke KTMB dan KTMB mesti dibenarkan untuk menambahkan kepakarannya dalam bidang-bidang ini.
“Ini akan membolehkan KTMB untuk mencapai keuntungan dan juga untuk mengurangkan keperluan untuk meningkatkan harga tiket,” kata HARAPAN dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita.
Kenyataan itu ditandatangi oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyidddin Yassin; Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong; Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid; dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli.
HARAPAN juga akan mengkaji semula kos dan kesesuaian projek Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang asetnya akan dipindahkan kepada syarikat baru, Malaysia Rail Line (MRL) Sdn Bhd. yang dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan.
“Ia telah dilaporkan bahawa perkhidmatan ECRL akan dijalankan oleh operator lain yang belum dinamakan lgai. Bukan sahaja kos ECRL sangat tinggi tetapi kemungkinan besar operasinya akan diberikan melalui rundingan terus,” kata mereka.
HARAPAN juga beriltizam untuk tidak menswastakan KTMB dan akan melaksanakan semua urus niaga pembelian aset dan perkhidmatan KTMB melalui proses tender terbuka.
“Dengan tawaran dasar-dasar baru tersebut, maka kita dapat mensasarkan KTMB menjadi sebuah syarikat yang kedudukan kewangannya kukuh dan berkeuntungan, memastikan para pengguna perkkhidmatan KTMB tidak dibebani peningkatan harga tambang keretapi dan juga menjamin kebajikan dan keselamatan ribuan pekerja KTMB pada masa akan datang,” kata HARAPAN. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena