Friday 11 August 2017

[Video Inilah beberapa ISU yang buat Najib MENGGIGIL & Umno sudah jadi Parti Kayu Buruk!] PAKATAN HARAPAN TERUS MENGORAK LANGKAH.

Sabtu, 12 Ogos 2017

Foto Parti Amanah Negara.


PAKATAN HARAPAN TERUS MENGORAK LANGKAH
Pemuda AMANAH Nasional menyambut baik komitmen Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam usaha memperkuatkan lagi struktur organisasinya. Selepas perlantikan jawatankuasa tertinggi telah selesai, hari ini Majlis Presiden telah mengumumkan beberapa jawatan penting dalam menggiatkan lagi gerak kerja gabungan parti pembangkang itu.
Menteri Besar Selangor, Dato Seri Mohamed Azmin Ali telah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya, manakala Presiden AMANAH, Mohamad Sabu diamanahkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi. Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dipilih sebagai Ketua Angkatan Wanita Pakatan Harapan.
Perlantikan Mohamed Azmin sebagai Pengarah Pilihan Raya merupakan satu yang menarik dan diyakini tokoh berpengalaman itu akan memainkan peranan penting dalam gerak kerja pilihan raya Pakatan Harapan. Wujudkan jawatankuasa penting ini akan menjadi permulaan kepada gerak kerja yang lebih serius.
Jentera keempat-empat parti iaitu KeAdilan, DAP, PPBM dan AMANAH mestilah bergerak seiring, bukan lagi bekerja atas dasar dan nama parti masing-masing. Pemuda AMANAH Nasional yakin, Pakatan Harapan akan berjaya menjelmakan satu pasukan pilihan raya yang mantap serta mampu mengaplikasikan gerak kerja yang efisyen dan berkesan.
Dalam melestarikan gerak kerja pilihan raya bersama, perkara paling penting adalah kewujudan Jawatankuasa Pimpinan Pakatan Harapan di peringkat negeri dan kawasan. Sekiranya ia gagal dilaksanakan, hasrat mewujudkan pasukan pilihan raya yang mantap dan efisyen suka direalisasikan.
Dato' Menteri Besar Selangor yang memegang jawatan penting itu sudah pasti akan memastikan Selangor sebagai negeri contoh dalam membina struktur pilihan raya yang mantap. Kami yakin, Mohammed Azmin akan menubuhkan segera Majlis Pimpinan Pakatan Harapan di peringkat negeri Selangor seterusnya diikuti diperingkat kawasan-kawasan.
AMANAH khususnya sangat komited bagi memastikan Pakatan Harapan berjaya mempertahankan Kerajaan Selangor biarpun dua pihak iaitu Pas dan Barisan Nasional telah mengumumkan untuk merampas Selangor dari tangan Pakatan Harapan. Mari kita terus berusaha mempertingkatkan iltizam serta melaksanakan gerak kerja secara kolektif bagi memastikan kerajaan kleptokrat dapat dijatuhkan dalam PRU14 yang akan datang!
Menggalas Harapan Perubahan
#PemudaBekerja
MOHD SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
11 Ogos 2017

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena