Sunday, 14 January 2018

[Video Anak muda terus bangkit menentang kezaliman UmnoBN Perak mencekik rakyat] Pemuda HARAPAN anjur forum bincang dasar ekonomi, 1 juta pekerjaan.

Ahad, 14 Januari 2018

Image result for Gambar Umno mencekik rakyat

Related image
Image result for Gambar Umno mencekik rakyat
Image result for Gambar Umno mencekik rakyat

Pemuda HARAPAN anjur forum bincang dasar ekonomi, 1 juta pekerjaan


Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) akan mengadakan forum pada Selasa depan di Ibu Pejabat Malaysiakini bagi membincangkan tawaran baru untuk anak muda.
Forum bertajuk Kerja, Gaji dan Kehidupan yang Layak itu, kata Ketua Setiausaha Pemuda HARAPAN Howard Lee antara lain menyentuh isu ekonomi dan peluang pekerjaan.
“Forum tersebut akan membincangkan tawaran pertama Pemuda HARAPAN, iaitu untuk menghasilkan satu juta pekerjaan berkualiti dengan gaji sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan.
“Ia satu langkah yang akan menghasilkan ekonomi manusiawi yang layak untuk hari ini dan hari esok,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut beliau yang juga Setiausaha Antarabangsa DAPSY, forum berkenaan akan menampilkan barisan kepimpinan tertinggi Pemuda HARAPAN sebagai ahli panel.
Howard dalam pada itu sempat mengkritik Pemuda Barisan Nasional (BN) yang menurutnya masih tidak mampu menyaingi tawaran baru Pemuda HARAPAN.
“Khairy Jamaluddin pada Perhimpunan Agung UMNO dahulu memohon kepada kepimpinan partinya beberapa ‘tawaran baharu’ untuk memancing pengundi muda, satu terma yang sudah awal-awal lagi digunakan oleh Pemuda HARAPAN sejak Mei 2017.
“Kini selepas lebih sebulan berlalu, tawaran Pemuda BN tersebut masih ghaib, yang tinggal hanya kata-kata.
“Apa yang mengejutkan dan memalukan ialah Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda UMNO itu masih melukut di tepi gantang, perlu merayu untuk dasar anak muda kepada para dinosaur partinya,” katanya yang juga Adun Pasir Pinji.
Pemuda HARAPAN dalam konvensyennya pada Sabtu lepas mengemukakan lima tawaran dan 10 dasar untuk anak muda.
Antara tawaran menarik adalah siaran langsung perlawanan bola sepak percuma Liga Perdana Inggeris (EPL), lesen motosikal percuma, gaji minima RM1,500 dan pendidikan percuma di institut pengajian tinggi awam (IPTA). – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena