Monday 15 January 2018

[Video DUIT RAKYAT SABAH TIRIS RM1.5 Bilion! Ribuan Sambut Shafie Apdal di Keningau Sabah] Apakah ini ‘drama Felda’ untuk bantu BN menang PRU14?

Selasa, 16 Januari 2018

Apakah ini ‘drama Felda’ untuk bantu BN menang PRU14?

Apakah ini ‘drama Felda’ untuk bantu BN menang PRU14?
Pengerusi Felda Shahrir Abdul Samad ketika mengumumkan kejayaan ia mendapatkan semula tanah di Jalan Semarak semalam. Ia menimbulkan keraguan kerana dilihat sebagai modal bagi menghalang Pakatan Harapan untuk meraih undi di kawasan kubu kuat Umno itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 16 Januari, 2018.

PENGUMUMAN Felda pada Isnin mereka berjaya mendapatkan semula tanah di Kuala Lumpur menimbulkan keraguan apakah episod ini merupakan satu “drama” untuk membantu Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata seorang penganalisis.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata, pengumuman dramatik kejayaan Felda mendapatkan semula hak tanah di Jalan Semarak menggambarkan pengerusinya Shahrir Abdul Samad sebagai “hero” bagi memangkin semula kepercayaan peneroka setelah bergelut dengan pelbagai isu.
“Namun, timbul persoalan lebih besar adakah ini sebahagian drama untuk memangkin sokongan kepada Felda dan Perdana Menteri Najib Razak menjelang PRU14 nanti?
“Dengan modal kejayaan ini, Barisan Nasional (BN) boleh menjadikan ia kejayaan dan kebijaksanaan kerajaan mendapatkan kembali hak mereka,” kata Hisommudin yang juga anak kepada peneroka Felda dalam kawasan Parlimen Pekan kepada The Malaysian Insight.
Menurut Hisommudin, isu kejayaan Felda untuk mendapatkan tanah mereka di Kuala Lumpur itu juga boleh dijadikan “senjata” untuk menghalang kemaraan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Dr Mahathir Mohamad untuk meraih undi di kawasan kubu kuat Umno itu.
“Secara relatifnya ia juga menenggelamkan isu lain serta membantutkan serangan pembangkang yang mahu menjadikan isu ini senjata untuk melumpuhkan BN di tanah rancangan Felda,” katanya.
Shahrir pada Isnin mengesahkan agensi itu berjaya mendapatkan semula hak milik tanahnya di Jalan Semarak melalui satu perjanjian baharu.
Shahrir menjelaskan, perjanjian bersama itu melibatkan unit pelaburannya, Felda Investment Corporation dan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) yang bertanggungjawab memindahkan hak milik tanah terbabit.
“Hari ini pada 15 Januari 2018, pemaju SPSB dengan sukarela bersetuju untuk mengembalikan hak milik ke atas kesemua 16 lot tanah Felda tanpa sebarang kos.
“SPSB juga menyerahkan segala dokumen melibatkan hak milik tanah berkenaan untuk didaftarkan sekali lagi atas nama Felda,” kata Shahrir pada satu sidang media di Menara Felda di Kuala Lumpur.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata kejayaan mendapatkan semula tanah di Jalan Semarak akan membantutkan serangan pembangkang yang mahu menjadikannya isu untuk melumpuhkan Barisan Nasional di tanah rancangan Felda. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Januari, 2018.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar berkata kejayaan mendapatkan semula tanah di Jalan Semarak akan membantutkan serangan pembangkang yang mahu menjadikannya isu untuk melumpuhkan Barisan Nasional di tanah rancangan Felda. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Januari, 2018.
Apa status bangunan KLVC?
Sementara Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mempersoalkan apakah status bangunan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang sedang dibangunkan.
Presiden Anak Mazlan Aliman turut mempersoalkan mengapa Felda mengambil masa terlalu lama untuk mendedahkan skandal tanah itu walaupun sudah lama mengetahuinya.
“Jika ia dikembalikan, apa status bangunan KLVC yang sedang dibangunkan? Anak melihatnya dengan penuh tanda tanya,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Mazlan berkata, Shahrir sudah tahu mengenai skandal ini sejak menjadi pengerusi Felda pada Januari 2017.
“Kenapa dia (Shahrir) mengambil masa lama untuk bertindak dan dedahkannya. Ia juga berkait dengan penipuan pemaju yang dilaporkan kepada polis.
“Anak pula sudah melaporkannya kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.
Mazlan berkata, Anak akan mengkaji terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan berhubung isu ini berdasarkan nasihat peguam.
Penasihat Jawatankuasa Bertindak Suara Generasi Ke-2 Felda, Zulkefli Nordin mahu perancang dan penyebab kepada skandal ini didedahkan.
“Tidak bermakna tanah telah dikembalikan perancang dan pelakunya boleh bebas dan lepas,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Bulan lalu media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas kawasan strategik yang dianggar bernilai RM270 juta di Jalan Semarak di Kuala Lumpur susulan urusan pindah milik tanah yang mencurigakan pada 2015.
Bagaimanapun akhbar pro kerajaan Berita Harian melaporkan nilai semasa tanah Felda di Jalan Semarak yang diambil alih untuk dimajukan pembangunan bercampur projek KLVC dianggarkan mencecah kira-kira RM1 bilion.
Angka itu jauh lebih tinggi daripada harga jualan RM270 juta dalam empat perjanjian jual beli tanah (SPA) antara Felda dengan syarikat pemaju KLVC, SPSB sebelum ini.
Pada 5 Januari, bekas pengerusi Felda Isa Samad memberikan keterangan kepada polis yang sedang menyiasat skandal pemindahan hak milik tanah itu.
Audit forensik ke atas projek KLVC pula bermula sejak 8 Januari lalu dan dijangka merumuskan hasil siasatan mereka dalam tempoh 30 hari.
Shahrir sebelum itu mengatakan semua dokumen diperlukan sudah diserahkan kepada syarikat audit luar yang dilantik Jabatan Perdana Menteri. – 16 Januari, 2018.
The Malaysian Insight





0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena