Thursday, 11 January 2018

[Video Hancusss satu persatu 'jabatan kerajaan dilembagakan'? Dulu LHDN Kini KASTAM & Penderma HARAPAN kini jadi buruan LHDN] Masih takut dengan lelaki yang sudah berusia 93 tahun? Dimana etika kemanusiaan serta timbangrasa Zahid Hamidi?

Khamis, 11 Januari 2018
Rafizi Ramli - Pengkorporatan Kastam & Felda!
Sila saksikan dan sebarkan berita tentang sidang media ini kepada kesemua rakan-rakan supaya lebih ramai dapat mengikuti.
Pengkorporatan Kastam:
Dulu LHDN, Kini Kastam
Felda:
Lagi mengenai tanah hilang, harta hilang

TIDAK BERETIKA MENGHALANG BAKAL PERDANA MENTERI MELAWAT ANWAR...

Hasrat Tun Mahathir Mohamad untuk melawat Anwar Ibrahim yang kini dirawat di Pusat Rehabilitisi Cheras bagi mengucapkan terima kasih kepada rakan lamanya itu tidak kesampaian apabila beliau tidak dibenarkan berbuat demikian oleh Kementerian Dalam Negeri.

Beliau yang diiringi oleh Nurul Izzah berhasrat ingin menyampaikan ucapan terima kasih secara peribadi kepada Anwar kerana menyokong pencalonannya sebagai bakal Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan sekiranya gabungan itu memenangi PRU 14 akan datang.
Bagi Tun Mahathir, tentunya sokongan Anwar itu amat bermakna kerana ia menjadikan Pakatan Harapan berjaya menyelesaikan isu pokoknya bagi berdepan UMNO dan BN iaitu mengenai calon Perdana Menteri dan soal pembahagian kerusi.

Kenapa KDN yang menterinya, Ahmad Zahid Hamidi tidak  memberi kebenaran bagi lawatan Tun Mahathir itu?

Masih takut dengan seorang lelaki yang sudah berusia 93 tahun?
Sedarkah Zahid Hamidi bahawa Tun Mahathir adalah bakal Perdana Menteri selepas PRU 14 akan datang nanti?

Jika Perdana Menteri, Najib Razak dan Zahid Hamidi sendiri boleh melawat Anwar, siap bergambar dan memuatkannya dalam laman sosial masing-masing, malah beberapa pemimpin lain juga diberikan kebenaran yang sama, kenapa pula seorang bakal Perdana Menteri harus dikenakan larangan?

Bukankah Anwar itu bekas bossnya dahulu, manakala Tun Mahathir pernah ditemuinya secara peribadi tidak lama selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri yang tujuannya menurut bekas Perdana Menteri itu adalah dengan hasrat untuk mendapatkan sokongan bagi menjatuhkan Najib?
Lupakah Zahid mengenainya?

Di mana etika kemanusiaan serta timbangrasa Zahid Hamidi dalam hal ini? (ShahbudinHusin 10/01/2018).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena