Tuesday, 16 January 2018

[Video Kemelut tanah FELDA jalan semarak hanya sandiwara Najib] Guru M'sia DIHANTUI Grup Whatsapp! PELAJAR PUKUL GURU...Korang nak komen apa? Felda: Jika bukan Najib, siapa?

Selasa, 16 Januari 2018

Foto Otai BERSIH.
PELAJAR PUKUL GURU..
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mahu jabatan pendidikan daerah dan sekolah yang terlibat dalam insiden pelajar memukul guru dengan kerusi pada Jumaat lalu mengambil tindakan tegas agar perkara tersebut tidak berulang.
Kalau kes macam ni..
Korang nak komen apa...?

Felda: Jika bukan Najib, siapa?

SAYA terpanggil memberi komen berhubung isu penjualan tanah Felda di Jalan Semarak kepada Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) melalui transaksi yang meragukan.
Pengerusi Felda, Shahrir Samad sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan yang berniat menunjukkan Perdana Menteri Najib Razak tidak terlibat dalam penjualan tanah tersebut. 
Namun, jika audit forensik belum pun tamat dan laporan belum dibentang, bagaimana beliau boleh mengesahkan hal ini? Dan jika beliau mempunyai maklumat yang menjadi asas kenyataan itu, apakah beliau telah menjejaskan integriti siasatan?
Namun sebenarnya, kenyataan Shahrir ini menimbulkan persoalan besar: Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab di dalam skandal ini?
Saya mendesak agar audit forensik dalam isu ini dijalankan dengan segera agar umum dapat mengetahui antara dalang-dalang yang telah terlibat dalam menjahanamkan institusi ini. 
Saya juga menggesa agar Najib berjanji untuk tidak sesekali menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) menghalang mana-mana bahagian laporan audit forensik tersebut dari diterbit, sebagaimana yang kita saksikan dengan laporan Ketua Audit Negara berhubung isu 1MDB.
Amatlah penting laporan forensik tersebut diterbitkan sepenuhnya, agar kepercayaan umum akan dikembalikan terhadap Felda.
Dalam mengimbas isu yang melanda Felda ini, ianya berpunca daripada pentadbiran Najib Razak yang sejak mula menyandang jawatan perdana menteri kelihatan tidak segan silu untuk mempergunakan institusi yang sepatutnya menjaga kebajikan orang Melayu, sebagai ganjaran buat pemimpin Umno yang dilihat setia kepadanya.
Trend ini amat jelas berlaku dalam pelantikan individu bagi mengisi jawatan tertinggi Felda, Lembaga Tabung Haji, dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Atas kemelut demi kemelut yang melibatkan institusi bersangkutan kerajaan (GLC), dapat disimpulkan bahawa Perdana Menteri Najib Razak telah menyalahgunakan badan-badan itu untuk memastikan beliau terus berkuasa.
Maka, Najib perlu mengambil iktibar dari skandal-skandal yang melanda institusi-institusi ini dan segera berhenti memperguna institusi-institusi tersebut sebagai ganjaran politik untuk memenuhi tembolok juak-juak politik beliau. – 16 Januari, 2018.
* Fahmi Fadzil merupakan Pengarah Komunikasi PKR.
* Ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insight.
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena