Monday 1 January 2018

[Video Luahan...Isu Mahfuz keluar PAS & Dr Asri: PAS jangan sombong bab agama] Khianat pengundi Cina, sokong BN halal ke haram, tanya MP AMANAH.

Selasa, 2 Januari 2018


Related image
Pas dan lebai sudah habis arah, sudang hilang kompas, sudah jatuh lobang besar berkali kali, lebai dan walauns makin jauh dari alam nyata.




Khianat pengundi Cina, sokong BN halal ke haram, tanya MP AMANAH

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan mengapakah Mursyidul Am Pas Ustaz Hashim Jasin begitu mudah mengeluarkan “fatwa” menghianati janji yakni melanggar baiah bagi calon Pas yang keluar parti itu tetapi sehingga kini masih berdiam diri dan belum mengeluarkan “fatwa” bagi calon parti itu yang menghianati pengundi Cina dan Melayu yang memberikan undi kepada mereka kerana bencikan BN, apabila Pas didapati telah bersikap “mesra” dan “memberi nayawa” kepada BN
Beliau merujuk kepada Malaysiakini yang memetik laporan Utusan Malaysia yang mengatakan Mursyidul Am Pas itu mendakwa Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang mengisytiharkan diri keluar Pas kelmarin sebagai menghianati janji dan melanggar baiah.
Ahli parlimen AMANAH itu berkata, seperti yang diduga, Musrsyidul Am bersandar pada baiah lalu dikatakanlah yang YB Pokok Sena perlu bertanggungjawab kerana didakwa khianat janji dengan Allah.
“YB Pokok Sena menjadi mangsa terbaru dituduh khianat, selepas dulu kami khususnya enam orang MP AMANAH juga didakwa sebegitu. YB Tumpat yang berhijrah ke PKR juga dihentam dengan isu yang sama. Beberapa orang Adun AMANAH juga dihentam sama khususnya YB Salor yang sehingga kini masih terus dihentam,” tulis beliau dalam Facebooknya.
Sehubungan itu, Hanipa mempersoalkan, sewaktu YB Pokok Sena itu masih dalam parti suci itu dan juga teruk dihentam dan diserang, mengapakah Mursyidul Am diam tidak bersuara?
“Begitu juga bila YB Marang agak kerap tidak hadir sidang Parlimen, tak dengar juga suara Mursyidul Am menegur YB Marang dan tak dengar pula “fatwa” Mursyidul Am tentang status pendapatan YB Marang. Takkan serangan terpilih pulak? Dalam zaman Khalifah Umar Al-Khatab selalu dijaja yang wanita rakyat biasa pun berani tegur Khalifah.
“Jika orang lain mudah sangat di “fatwa” khianat janji tapi bila para calon parti suci menang dengan sokongan pengundi muslim dan non muslim yang benci gila kat BN lalu undi calon parti suci, lalu menang pulak dan lepas menang dilihat parti suci banyak kali “mesra” dan bagi “nyawa” kepada BN, tak dengar pulak kita “fatwa” Mursyidul Am? Yang itu masih raba-raba lagi ke ustaz macam 1MDB jugak?
“Saya tak pasti masa YB Pokok Sena dah mula aktif dalam parti suci Mursyidul Am sudah atau belum aktif atau masih “cari makan” dengan Felda lagi masa tu? Maaf tak pasti. Yang saya pasti YB Pokok Sena aktif dalam parti suci ketika parti suci tengah susah dan pernah di ISA dan masuk penjara sebulan menentang kehadiran pasukan kriket Israel ke Malaysia,” kata beliau.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena