Wednesday 3 January 2018

[Video Perasaan Mahfuz Omar setelah dihalau keluar dari PAS!] BN mudah kotak-katikkan Pas.

Rabu, 3 Januari 2018

BN mudah kotak-katikkan Pas

BN mudah kotak-katikkan Pas

Pas sepatutnya berkawan dengan parti yang mempunyai ramai penyokong untuk merealisasikan impian mereka menjadi pemerintah, tetapi sebaliknya parti itu bergabung dengan Ikatan yang ahlinya boleh dikira dengan jari-jemari.
Walaupun pernah berada selama 30 tahun bersama Pas, tetapi setelah menyedari hala tuju Pas yang semakin hilang arah, maka tindakan keluar parti dan menyertai AMANAH mampu untuk meneruskan kesinambungan menentang Umno-BN yang banyak membawa keroskan kepada rakyat dan negara.
Ketua AMANAH Kulim Bandar Baharu, Othman Don, berkata demikian semasa berucap dalam ceramah umum yang telah diadakan di Taman Kenari, Kulim Ahad lalu.
Jelas beliau, Pas kini boleh diperkotak-katikkan sehingga sanggup bersekongkol dengan Umno-BN yang terbukti menekan hidup rakyat serta melaksanakan dasar zalim yang menganiayai rakyat miskin.
“Dahulu merekalah menjadi juara dengan melaung-laungkan ‘Pas For All’ tapi kini sudah tidak mahu berkawan dengan orang lain.
“Asyik-asyik mahu bersama dengan Umno saja, sedangkan hubungan dengan DAP dan PKR yang telah memberi kemenangan kepada mereka dalam tahun 2008 pula mereka renggang dan putuskan.
“Tindakan memutuskan hubungan ini merugikan mereka, sebaliknya ia memberi keuntungan yang amat besar kepada Umno-BN,” jelasnya.
Menurut Othman lagi, amalan cantas-mencantas bukan satu amalan baharu yang diamalkan dalam Pas.
“Sejak berada dalam Pas selama 30 tahun sepak terajang mereka bukan perkara baru semasa pemilihan dan juga muktamar.
“Puak dan kumpulan sudah lama wujud sehinggalah berlakunya perpecahan dan tertubuhnya AMANAH sebagai penerus perjuangan.
Antara pimpinan PH yang hadir pada program ceramah umum di Taman Keladi, Kulim, Ahad lalu.

“Kini AMANAH mampu untuk mengambil alih tempat Pas sebagai pengemudi kepada perjuangan untuk menegakkan Islam dalam negara ini bersama-sama menentang kebatilan yang begitu ketara,” ujarnya lagi.
Beliau juga berkata, sepatutnya sebagai sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, maka kemungkaran yang menjadi amalan Umno-BN harus ditentang oleh Pas.
Namun begitu amat menghairankan apabila polisi menindas rakyat yang menjadi amalan kerajaan ketika ini disokong.
“Kita dituntut supaya menentang kerajaan yang menjadi pencuri duit rakyat, rasuah dan lemah dalam urus tadbir.
“Isu 1MDB pun semakin jelas keraguannya, tiba-tiba kita pula menyokong amalan korup kerajaan terbabit.
“Oleh itu, rakyat Kedah seharusnya sedar dengan membiarkan Umno-BN kekal memerintah, maka hidup rakyat akan lebih parah, derita dan sengsara,” tegasnya.
Rentetan itu, seandainya tidak mahu lagi hidup dibebankan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, harga barangan yang mahal, nilai mata wang yang semakin merudum, rakyat bertambah melarat, maka Umno-BN serta Pas mesti ditolak dalam pilihan raya umum akan datang.
Hadir sama dalam program tersebut ialah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, Datuk Saifuddin Nasution Ismail serta kepimpinan PH Kedah.
 Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena