Sunday, 14 January 2018

[Video Saya Berjaya Tembusi FELDA Johor! Bukti Peneroka Dah Bangkit Tolak 'Perompak' Najib Umno (nak rompak tanah mereka)] Bergambar depan Kaabah tapi rasuah ‘tahap gaban’, kata Mukhriz.

Isnin, 15 Januari 2018

Image result for Gambar Najib di Masjid Nabawi

Bergambar depan Kaabah tapi rasuah ‘tahap gaban’, kata Mukhriz

Bergambar depan Kaabah tapi rasuah ‘tahap gaban’, kata Mukhriz

Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir berkata rakyat harus menolak pemimpin bersikap hipokrit yang menunjukkan imej alim sedangkan hakikatnya menyimpang dari landasan dan mengamalkan rasuah.– Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Januari, 2018.

RAKYAT tidak harus tertipu dengan propaganda pemimpin negara yang menunjukkan imej warak dengan bergambar di hadapan Kaabah, kata Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir.
Mukhriz berkata, rakyat harus menolak pemimpin bersikap hipokrit yang menunjukkan imej alim sedangkan hakikatnya menyimpang dari landasan dan mengamalkan rasuah.
Beliau menggunakan slanga popular anak muda – pada “tahap gaban” untuk menggambarkan bahawa kesalahan rasuah itu sangat berat.
"Walaupun mereka memimpin negara sekarang, saya tak kiralah kalau ada pemimpin tertinggi kerajaan mendirikan umrah bergambar (di) makam Rasulullah dan Kaabah,” katanya.
“Tapi kita tahu dia jauh menyimpang dari landasan sebenar dan rasuah tahap gaban kita tetap tolak dia. Ini semua propaganda," katanya.
Kenyataannya itu merujuk kepada perdana menteri yang mengambil kesempatan menunaikan umrah bersama anggota keluarganya semasa lawatan ke Arab Saudi pada hujung minggu lalu.
Gambar menunjukkan Najib menunaikan ibadat dan mengunjungi makam Nabi Muhammad itu dimuatkan perdana menteri ke laman sosial.
Kemunculan gambar berkenaan meraih kritikan di kalangan pengguna media sosial yang kempersoalkan kewajaran Najib membawa keluarganya dalam lawatan tersebut.
Perkara itu dijelaskan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan yang menyebut, kos perjalanan itu dibiaya sendiri oleh keluarga Najib dan tidak ditanggung kerajaan.
Peserta rombongan keluarganya itu termasuklah ibu Najib, anak, anak tiri, menantu, cucu, adik beradiknya, serta empat orang tetamu khas.
PMO mengesahkan Najib, yang dijemput oleh Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, disertai oleh isteri, ibu, anaknya, beberapa ahli keluarga termasuk adik beradiknya, kenalan dan pegawai.
Mengulas lanjut mengenai ibadah umrah itu, Mukhriz dalam ucapannya berkata, Najib yang dikenalinya dahulu adalah seorang yang begitu warak dan taat kepada setiap suruhan Allah. 
"Saya nak terangkan dan semua tahu perkara ini, Najib itu bukan pemimpin yang boleh kita ikut. Orang seperti ini wajib kita tolak dan pastikan dia tak lagi memerintah lagi," katanya dalam ucapan ketika pelancaran Bersatu Bahagian Setiawangsa, malam tadi.
Sementara itu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata, parti itu memberi jaminan akan menyokong calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14) dan tidak sesekali memboikot mereka.
"Kita tidak akan boikot, kalau kita boikot parti mereka, mereka akan boikot kita dan calon kita akan kalah. Kita mahu menang bergaya," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 500 penyokong Bersatu.
Dalam majlis tersebut, ahli majlis tertinggi Bersatu Zahid Mat Arip turut dilantik sebagai ketua bahagian parti di kawasan tersebut.– 15 Januari, 2018.
 The Malaysian Insight.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena