Friday, 6 April 2018

[Video LGE Di Jelajah Pakatan Harapan JOHOR] BERSATU haram: Piirraah, kata Mahathir.

Sabtu, 7 April 2018

No automatic alt text available.

BERSATU haram: Piirraah, kata Mahathir

Belum sempat tempoh 48 jam selepas partinya dibubarkan sementara kegarangan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menunjukkan sebarang tanda menurun.
Sebaliknya pada malam ini pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menangkapnya.
Berucap dalam ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Pasir Gudang malam ini Dr Mahathir berkata langkah Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan sementara BERSATU tidak akan menjejaskan mereka daripada terus melawan BN.
"Malam ni saya pakai baju Pribumi (BERSATU). Hey Datuk Najib, datanglah... Datang tangkap saya, tangkap semua orang," katanya disambut dengan tepukan dan ketawa kira-kira 4,000 orang yang memenuhi kawasan padang awam berkenaan.
Mengikut arahan ROS pembubaran sementara itu bermakna BERSATU tidak boleh menggunakan nama dan logo parti dalam mana-mana aktiviti.
Mereka juga tidak dibenarkan membuat sebarang aktiviti berkaitan parti berkenaan.
Perintah ROS itu dikeluarkan sehari sebelum Najib membuat pengumuman mengenai pembubaran parlimen.
Parlimen Malaysia dibubarkan secara rasmi pada 7 April.
SPR akan bermesyuarat untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi tidak lama lagi. Mengikut perlembagaan PRU ke-14 mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas parlimen dibubarkan.
Tidak cukup dengan itu Dr Mahathir yang dikenali dengan sifatnya yang bersahaja, sinis serta spontan kemudian menyatakan BERSATU tidak menghiraukan arahan ROS berkenaan.
"Kononnya Pribumi (BERSATU) diharamkan, tidak boleh ada apa-apa kegiatan pun sebab kita diharamkan.
"Tuan-tuan dan puan-puan, saya kata: Piraaah!
"Apa kami nak buat, kita buat juga. Tak boleh pakai baju, saya pakai juga baju, tak boleh mesyuarat (parti), semalam kami bermesyuarat. Tak boleh jumpa media, kita jumpa media.
"Apa yg dikatakan salah, tidak boleh dilakukan oleh Pribumi, kita akan lakukan beramai-ramai," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena