Wednesday 1 August 2018

[Video Sidang Dewan Rakyat, Khamis 2 Ogos 2018] Politik matang atau 'Politik songsang'? PAS kekal jadi 'kingmaker'.

Khamis, 2 Ogos 2018

Foto Suara Rakyat.
PAS mahu hapuskan keistimewaan Melayu ??

PAS pernah berikrar di hadapan persatuan Cina di Terengganu bahawa PAS akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika PAS berkuasa.

"Ini termasuklah tanah simpanan Melayu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan lain-lain dasar yang memperlihatkan semata-mata kepentingan orang Melayu. PAS berjanji semua kaum akan mendapat layanan yang sama rata", ucapan Haji Hadi Awang yang ketika itu menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu di hadapan 300 orang anggota masyarakat Cina di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Terengganu pada 13 Sept. 1985.

Sejarah Tak Pernah Menipu !!
Foto Suara Rakyat.
Walaun maksum, TAK PERNAH menipu, TAK PERNAH PUTAR BELIT.. TAK PERNAH ambil duit Umno juta-juta...

Betul tak...



PAS kekal jadi 'kingmaker'

WAWANCARA | PAS tetap yakin parti itu kekal dengan statusnya sebagai kingmaker walaupun selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Menurut timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, istilah itu bukan sahaja terpakai semasa pilihan raya malah melibatkan senario semasa politik.
"Saya fikir kita kekal sebagai kingmaker dalam konteks sokongan politik.
"Walaupun ia tidak (memberi kesan) pada keputusan (PRU) baru-baru ini tetapi dari segi sokongan (PAS tetap kingmaker).
"King maker ini bukan melibatkan pilihan raya sahaja tetapi (termasuk) senario politik," katanya dalam temubual bersama Malaysiakini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan terkini parti itu yang sebelum ini diuar-uarkan menjadi kingmaker seperti yang dinyatakan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menjelang PRU ke-14 lalu, Abdul Hadi pernah menjangkakan tiada satu pun parti yang dapat membentuk kerajaan selepas PRU14.
Ekoran itu, Abdul Hadi yang mengekalkan kerusi parlimen Marang menganggap PAS sebagai king maker sekiranya parti itu menang 40 kerusi dan menjadi tempat bergantung parti lain yang mahu menubuhkan kerajaan.
Namun, pada PRU pada 9 Mei alu, PAS hanya memenangi 18 kerusi parlimen. Cuma parti itu mengekalkan pentadbiran di Kelantan serta menawan Terengganu.
Muafakat bersama Umno
Sementara itu, bercakap mengenai pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis, Tuan Ibrahim memberitahu bahawa arahan parti sangat jelas iaitu menggesa anggota akar umbi tidak memberikan undi kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).
Menurut anggota parlimen Kubang Kerian itu, PAS perlu memastikan blok pembangkang kuat di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi mengimbangi kerajaan negeri.
"Kita tengok pada pelbagai isu dan sokongan, jadi kita tak pilih HARAPAN. Pertama, kita baru buat himpunan (UMMAH) yang marah dengan pelbagai isu yang berlaku, tiba-tiba nak undi HARAPAN. Nampak tak kena.
"Kedua, keperluan untuk wujud suasana pembangkang yang kuat dalam DUN Selangor. Memang pilihan raya kecil ini tidak akan jejaskan kerajan negeri tapi ia mungkin dapat kukuhkan suara pembangkang," katanya.
Menurut bekas pensyarah Institut Teknologi MARA itu wujud perbezaan pada pembangkang dulu dan sekarang.
Katanya pembangkang tidak wajar dijadikan musuh kerana dalam sistem demokrasi, mereka sebenarnya banyak membantu kerajaan.
"Kita kena ambil pendekatan itu, bukan macam dulu.
"Dalam konteks ini, kenyataan yang dikeluarkan Nasruddin Hasan dan Khairuddin Aman Razali sama dengan setiausaha agung," ujarnya.
Meskipun menggesa agar ahli akar umbi memberi undi kepada Umno namun Tuan Ibrahim menegaskan tiada sebarang perjanjian atau kerjasama yang dilakukan PAS bersama parti berkenaan.
"PAS tak terikat dengan Umno dengan sebarang perjanjian. Keputusan kita sokong mana-mana (parti) bergantung kepada kes. Di Selangor dalam blok pembangkang kita bersama Umno.
"Jadi saya fikir tak timbul isu kecelaruan.
"Kita bukan anti-HARAPAN cuma ada muafakat dengan Umno. Ia berdasarkan keperluan semasa," katanya.
Ditanya mengapa kini PAS boleh bekerjasama dengan Umno sedangkan parti itu merupakan musuh utama mereka sebelum ini, Tuan Ibrahim berkata muafakat itu berlaku memandangkan mereka sama-sama pembangkang.
Diajukan soalan mengapa ketika menjadi pembangkang bersama HARAPAN tiada muafakat berlaku, beliau menjelaskan, ia berikutan wujudnya DAP yang sering menghalang agenda Islam.
"Dulu Umno kerajaan. Dalam konteks dia kerajaan, kalau kita tahu mereka tak betul, tak betullah kalau kita nak beri kuasa pada dia. Sekarang Umno bukan lagi kerajaan.
"Perjuangan PAS bermatlamat untuk mendaulatkan Islam, muafakat itu perlu. Kalau ada muafakat tapi kuasa Islam tak boleh di bawa, agenda islam ditentang, dibantah.
"Kita tahu DAP sangat anti... orang tahu itu antara faktor dan sepatutnya dia tidak campur tangan urusan parti lain dan Islam. Itulah punca (tidak bekerjasama dengan HARAPAN)," katanya.
PAS untuk semua
Dalam temu bual sama, Tuan Ibrahim turut diajukan pertanyaan sama ada PAS masih lagi mengamalkan slogan PAS for all yang sebelum ini kerap dilaungkan.
Menurut Tuan Ibrahim, PAS tidak pernah berganjak daripada slogan berkenaan dan mereka tetap terbuka dengan mana-mana kaum dan agama di negara ini.
"Polisi parti kita tetap sama. PAS asasnya pada Islam, bukan bangsa. Bangsa ini dalam konteks politik negara. Konteks negara kita majoriti ialah Melayu dan Islam.
"PAS bertegas dengan dasar kita dan terbuka kepada semua agama dan bangsa lain. PAS for all memang trademark kita dan kita terbuka sampai hari ini," katanya.
Ketika diajukan soalan tentang Tsunami Hijau pada PRU lalu, Tuan Ibrahim berkata ia berjaya namun tidak menyeluruh.
Katanya ia dapat dibuktikan apabila PAS berjaya mengekalkan kemenangan di Kelantan dan mendapatkan kembali Terengganu serta hampir menawan Kedah.
"(Tsunami hijau) berjaya cuma tak besar. Kejayaannya dapat dilihat apabila undi PAS meningkat. Jumlah kerusi DUN meningkat dan berjaya tawan Terengganu, kekalkan Kelantan dan Kedah hampir berjaya.
"Walaupun ia tidak meluas, tapi berjaya," katanya.
PAS memperkenalkan gagasan Tsunami Hijau selepas HARAPAN - yang ketika itu masih pembangkang - menggunakan istilah 'Tsunami Melayu' untuk menunjukkan kemenangan mereka.
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki sebelum ini, PAS dijangka menang dengan Tsunami Hijau apabila pengundi Islam atas pagar akan memberi undi kepada parti berkenaan.
Mengulas sama ada PAS hanya merupakan parti Pantai Timur, Tuan Ibrahim menafikan dakwaan itu dan beranggapan istilah berkenaan tidak tepat.
"Kebetulan kita kekalkan kemenangan di Kelantan. Kalau macam itu, bolehlah kita cakap DAP ini parti utara kerana dia boleh memerintah Pulau Pinang?
"PAS ada juga menang di Pahang, dari tiga kerusi kita naik lapan kerusi. Kita ada juga menang di Johor, Pulau Pinang, Perak. Maknanya penerimaan masyarakat terhadap PAS terkeluar dari pantai timur (semata-mata)," ujarnya lagi.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena