Wednesday 17 October 2018

[Video GST-Anuar Musa Tak Puas Hati, Abdullah Sani 'Back Up' Guan Eng] Demo pemandu teksi baguslah, boleh berbincang tetapi pilih jalan PROVOKASI! Pendakwaan ke atas Presiden Umno untuk memalukan pemimpin Umno?

Khamis, 18 Oktober 2018

Foto Otai BERSIH.
Demo pemandu teksi...baguslah, boleh berbincang pilih jalan provokasi..!

Pendakwaan ke atas Ahmad Zahid cubaan malukan pemimpin Umno

Pemimpin Umno terus membidas spekulasi bahawa kerajaan akan mendakwa Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di mahkamah esok yang menurut mereka bertujuan memalukan pemimpin parti tersebut.
Terbaru, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Jalaluddin Alias berkata, tampil dan mendesak kerajaan memberhentikan tindakan tidak bermoral itu yang dilihat seolah-olah untuk menonjolkan imej kurang baik seorang pemimpin tulen.
“Pendakwaan ini adalah rentetan kepada usaha untuk memalukan pemimpin-pemimpin Umno di seluruh negara bermula dengan bekas Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Azeez Rahim. Turut didakwa isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.
“Bagaimanapun saya yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan niat jahat kerajaan kerana umum mengakui Ahmad Zahid sejak dulu lagi membela rakyat tanpa melihat asal keturunan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, hari ini.
Jalaluddin (foto, atas) berkata demikian berikutan spekulasi bekas timbalan perdana menteri itu akan didakwa di mahkamah esok, susulan beberapa siri siasatan terhadapnya oleh SPRM. Ahmad Zahid juga dijadualkan untuk hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu sekali lagi, hari ini.
Jalaluddin yang juga ahli Parlimen Jelebu berkata, Ahmad Zahid sentiasa membantu rakyat atas kapasitinya sebagai orang nombor dua negara sebelum ini selain mempengerusikan berpuluh jawatankuasa kabinet bertujuan membantu rakyat.
“Tindakan ini adalah salah satu strategi untuk memaparkan Ahmad Zahid sebagai seorang yang tidak amanah dan tidak layak untuk menjadi pemimpin sedangkan rakyat tahu beliau banyak berjasa kepada negara ini.
“Kita mahu kerajaan memberhentikan tindakan tidak bermoral ini yang dilihat seolah-olah untuk menonjolkan imej kurang baik seorang pemimpin tulen,” katanya.
Politik balas dendam
Menurutnya, kerajaan seharusnya memberi tumpuan untuk membangunkan negara demi kepentingan rakyat dan bukan mengamalkan politik membalas dendam.
“Cukup-cukuplah menyalahkan orang lain sebaliknya bantulah rakyat yang semakin resah gelisah kerana tiada pekerjaan dan terkesan dengan kenaikan harga barang,” katanya.
Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad turut menyatakan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada Ahmad Zahid.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena