Wednesday 17 October 2018

[Video Menteri Kewangan: Bajet tuntut pengorbanan tidak bermakna penjimatan] Mengapa Umno ada 3 juta ahli tak boleh BANTU Najib Rosmah, korang tak kesian ker? 41 pengetua cemerlang ditempatkan di sekolah harapan (prestasi rendah)! Hebat Dr Maszlee, macam ni lah taraf Menteri Malaysia Baru.

Khamis, 18 Oktober 2018

Foto Suara Rakyat.
Korang tak kesian ker dengan mereka...
Zizah Jane Umno kan 3 juta lebeh...seorg bagi 1 juta bole settle dah semua saman najib rosmah ...mana yg sanggup jual gelang lagi jual rumah ..jual tanah...kan kan kan cai Umno!
Foto Otai BERSIH.
Kutip derma untuk Kliptokrasi? Hanya berlaku di Malaysia!

41 pengetua cemerlang ditempatkan di sekolah prestasi rendah

Seramai 41 pengetua berprestasi cemerlang akan ditempatkan di sekolah-sekolah harapan (berprestasi rendah) di seluruh negara di bawah program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeks) Kohort 2018.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam kenyataan hari ini berkata kumpulan pertama pengetua tersebut akan berkhidmat selama tiga tahun di sekolah-sekolah yang memerlukan perhatian dan bantuan dalam aspek kepimpinan dan pengurusan sekolah.
"Sepanjang tempoh itu, mereka akan dibantu oleh pensyarah pembimbing dari Institut Aminuddin Baki (IAB)," katanya.
Kesemua pengetua terbabit telah menerima Watikah ProPeks Kohort 2018 daripada Maszlee pada satu majlis yang diadakan di IAB, Genting Highlands hari ini.
Menyifatkan pengetua cemerlang terbabit sebagai "hero anak bangsa", Maszlee berkata penempatan mereka merupakan amanah yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan untuk membawa perubahan kepada sekolah berprestasi rendah.
Maszlee berkata penempatan pengetua-pengetua berprestasi cemerlang di sekolah-sekolah berprestasi rendah di bawah program itu adalah satu bentuk pengiktirafan kepada kecemerlangan kepimpinan mereka di sekolah terdahulu.
"Jatuh bangun dan kejayaan sesebuah organisasi tidak hanya bergantung kepada kualiti dan kecekapan ahlinya, malah kualiti kepimpinan organisasi tersebut.
"Dalam konteks sistem pendidikan kita, kepimpinan strategik pada peringkat Kementerian Pendidikan yang mantap perlu disokong oleh kumpulan kepimpinan yang dinamik pada peringkat jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah," katanya.
Maszlee berkata ProPeks yang mendokong aspirasi Anjakan Kelima dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi memastikan setiap sekolah dipimpin oleh individu berprestasi tinggi.
Menurutnya projek rintis ProPeks melibatkan sembilan pengetua berprestasi cemerlang telah memulakan khidmat mereka sejak tahun lepas.
- Bernama
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena