Thursday 18 October 2018

[Video Hutang 1MDB, Faedahnya aje RM1.7 bilion setahun! Apa yg rakyat M'sia dapat?] ADA LAGI YANG KATA...#AnaPuasHati dgn 1MDB! Kerajaan bayar RM1.688b faedah 1MDB tahun ini.

Khamis, 18 Oktober 2018

Image may contain: 1 person

Foto Suara Rakyat.
Suara Rakyat
Jika kerajaan gagal bayar hutang 1MDB-Najib.. akan menjejaskan 'credit rating' di peringkat antarabangsa... so M'sia bakal jadi negara PARIAH..

TETAPI.. kenapa pembangkang masih tetap nak bela & menyokong pendajal 1MDB tersebut?

ADA LAGI YANG KATA... #AnaPuasHati dgn 1MDB..

Kerajaan bayar RM1.688b faedah 1MDB tahun ini

Kerajaan Malaysia terpaksa membelanjakan sejumlah RM1.688 bilion untuk pembayaran faedah 1MDB untuk tahun ini sahaja, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Katanya, jumlah itu termasuk kadar bayaran faedah Projek Loji Tenaga Kuala Langat 1MDB sebanyak RM208.8 juta yang telah dibayar hari ini.
"Saya fikir penting untuk memaklumkan kepada rakyat bahawa ini adalah harga berat yang perlu kita bayar kerana skandal 1MDB.
"Untuk tahun ini sahaja kita telah membayar RM1,688 juta untuk faedah pinjaman. Ini bukan jumlah yang kecil," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Katanya, terdapat dua lagi pembayaran akan dibuat iaitu pada 11 November berjumlah RM217.51 juta manakala bawah Sukuk Islamik Jangka Sederhana sejumlah RM143.75 juta pada 29 November ini.
Jumlah RM1.688 bilion itu termasuk untuk pembayaran faedah kedua-dua bon akan datang itu.
“Saya selalu tegaskan Malaysia akan mengotakan komitment obligasi yang kita buat di peringkat antarabangsa.
“Malaysia tidak akan berasa dalam keadaan gagal bayar hutang (default). Kita akan membuat pembayaran,” katanya.
Jelas Lim yang juga ahli parlimen Bagan, pihaknya akan terus mengambil langkah fiskal bagi mengatasi masalah ini.
Kata beliau, kesan buruk jika Malaysia berada dalam status gagal bayar hutang adalah menjejaskan penarafan atau rating di peringkat antarabangsa.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena