Thursday 18 October 2018

[Video Pengurusan bas ´Go KL´ dicadang diberi pada DBKL] Selepas Zahid, Mahadzir Khalid pula di siasat penyelewengan projek hibrid solar RM2.5 bilion dan lepaih tu ADA LAGI 12 PEMIMPIN UMNO BAKAL DISIASAT SPRM?

Khamis, 18 Oktober 2018

SELEPAS ZAHID DAN MAHADZIR, BENARKAH ADA LAGI 12 PEMIMPIN UMNO BAKAL DISIASAT SPRM?

Berhubung kemungkinan Zahid Hamidi akan didakwa di mahkamah Jumaat ini, parti itu dilaporkan akan membincangkan kedudukan Presiden UMNO itu dalam waktu terdekat ini.

Najb Presiden UMNO, Mahadzir Khalid berkata, MT UMNO akan bermesyuarat setelah ada pengesahan daripada SPRM mengenai pendakwaan terhadap Zahid Hamidi.

Sehingga ini, tambah beliau, segala yang berkaitan nasib Zahid Hamidi masih merupakan desas-desus yang belum ada kepastian lagi.
Tetapi, dalam waktu yang sama, Mahadzir sendiri turut sedang disiasat oleh SPRM berhubung penyelewengan pemberian kontrak projek hibrid solar untuk sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak.

Semalam beliau dilaporkan disiasat selama lima jam oleh SPRM sebagai sebahagian proses siasatan berhubung penyelewengan projek bernilai RM2.5 bilion itu.

Kami masih menyiasat kes itu, kata sumber SPRM.

Dalam hal ini, apakah selepas Zahid Hamidi didakwa di mahkamah Jumaat ini, Mahadzir adalah penunggu giliran yang seterusnya?
Adakah kemudian nanti, setelah memutuskan kedudukan Zahid Hamidi, UMNO akan menentukan kedudukan Mahadzir pula?

Benarkah juga dikhabarkan sekurang-kurangnya ada 12 lagi pemimpin UMNO yang bakal mengikut jejak langkah Zahid Hamidi dan Mahadzir yang akan disiasat oleh SPRM atas pelbagai kesalahan rasuah ketika mereka menjadi menteri dalam pentadbiran era BN sebelum ini?

Jeng...jeng...jeng...siapakah mereka itu? (ShahbudinHusin 18/10/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena