Friday 19 October 2018

[Video SPRM akan siasat syarikat terbabit dalam dakwaan kes PRESIDEN Umno] Anwar gesa orang Melayu belajar bahasa Mandarin & Lim: Soi Lek patut tahu wang diterima MCA daripada 1MDB.

Sabtu, 20 Oktober 2018

Anwar gesa orang Melayu belajar bahasa Mandarin

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa orang Melayu - terutama golongan yang masih muda - agar menguasai bahasa Mandarin.
Ia memandangkan kedudukannya sebagai bahasa ekonomi yang penting terutama di rantau Asia, katanya.
"Pada zaman 1950-an dan 1960-an, perdebatan antara bahasa Melayu dan Cina lebih ke arah perkauman.
"(Tetapi) pada 2018, persoalan adalah tentang bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Cina sebagai bahasa ekonomi yang sangat strategik.
"Asalkan kedudukan bahasa Melayu seabgai bahasa kebangsaan tidak dipersoal, penguasaan bahasa lain perlu didukung, malah saya mengusulkan anak Melayu menguasai bahasa Mandarin sebagai bahasa ekonomi penting di rantau ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Muktamar Sanawi kali ke-47 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan hari ini.
Sejak menjadi aktivis pelajar beberapa dekad lalu sehinggalah sebagai pemimpin politik utama di Malaysia, Anwar sememangnya dikenali sebagai susuk yang tegas mempertahankan bahasa Melayu.
Misalnya ketika isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) hangat beberapa bulan lalu, beliau berkata ia boleh dipertimbangkan tetapi dengan tidak mengabaikan bahasa Melayu sebagai tunjang dalam dasar pendidikan.
Hari ini beliau sekali lagi berkata kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, seperti termaktub dalam perlembagaan, perlu dijunjung.
“Saya antara yang mengkritik penguasaan bahasa Melayu yang lemah dan juga penggunaan bahasa lucah yang digunakan di kalangan ahli parlimen,” katanya.

Lim: Soi Lek patut tahu wang diterima MCA daripada 1MDB

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata beliau sukar untuk mempercayai bahawa bekas Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak tahu partinya menerima dana daripada sumber 1MDB.
"Dia mesti tahu. Isu 1MDB sudah pun timbul pada 2013.
"Walaupun dia berkata 'jika ayah bagi wang takkan anda tanya dari mana?'. Tetapi kalau sudah syak (ada sesuatu yang tak kena), dia perlu tanya," katanya yang juga anggota parlimen Iskandar Puteri.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Muktamar Sanawi kali ke-47 Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan, hari ini.
Lim mengulas kenyataan Chua, yang memimpin MCA pada 2010 hingga 2013, bahawa parti itu memang menerima dana pilihan raya daripada Datuk Seri Najib Razak pada 2013 tetapi tiada cara untuk mengetahui sumber wang itu.
"Saya sudah berkata terdapat wang (diberikan Kepada MCA). Tetapi masa itu (2013), tidak ada 1MDB. (Berita mengenai) 1MDB tidak diketahui. (Cakap-cakap mengenai) 1MDB hanya muncul pada 2014.
"Apabila bapa beri anda wang, adakah anda akan tanya ia datang dari mana? Adakah anda (bapa) mencuri atau meminjamnya? Anda hanya akan bersangka baik dan terima wang itu," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.
Lim juga mendesak semua parti yang menerima dana daripada 1MDB pada 2013 perlu memulangkan semula wang itu kepada kerajaan.
Menurut siasatan, Najib ketika menjadi pengerusi BN mengagihkan sejumlah RM470 juta kepada parti komponen BN untuk berdepan PRU 2013, dan RM16.5 juta daripada jumlah itu diberikan kepada MCA.
Najib kini berdepan sejumlah pertuduhan di mahkamah berhubung penyelewengan dana daripada 1MDB.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena