Saturday 20 October 2018

[Video Tun M-Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mangsa Puting Beliung] Saya tak tahu dana 1MDB diseleweng, kata Najib Razak! Umno United pun tak caya lah...Aikk, dah 'kena ikat, kena grip', si Jamal masih bernafsu nak fitnah lagi?

Sabtu, 20 Oktober 2018
Foto Suara Rakyat.
Kenapa pihak2 tertentu yang pernah menafikan kapal Equanimity bukan milik Jho Low tidak berani tampil ke mahkamah untuk menafikannya?
"Saya tak tahu dana 1MDB diseleweng", kata Najib Razak -(18/9/2018).
NAMPAK TAK!
Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah..
Foto Suara Rakyat.
Suara Rakyat
Baru saja 2 bulan lps Jamal kata dah insaf slps masuk penjara selama 27 hari..
TETAPI kenapa masih bernafsu nak fitnah lagi..?
Pemimpin Umno dah kena 'ikat': Jamal
Pemimpin Umno dah kena 'ikat': Jamal
AMPANG - Kebanyakan pemimpin Umno didakwa telah 'dipegang' dan 'diikat' kerana masing-masing sudah mempunyai fail kes mahkamah yang menjadi punca mereka bersikap 'senyap' daripada menyuarakan sebarang isu melibatkan kerajaan.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, berkata, perkara itu diketahui semasa pertemuan bersama beberapa anggota parti berkenaan dalam perjumpaan dengan 120 ketua-ketua Umno bahagian seluruh negara, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Menurutnya, ia menyebabkan pemimpin yang berjawatan lebih memilih berdiam diri daripada mengkritik kerajaan, kecuali bekas presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, kerana perlu mempertahankan diri daripada tuduhan.

"Saya yakin dan percaya kebanyakan pemimpin Umno yang berjawatan sebelum ini, semuanya dah kena pegang. Sebab itulah sangat sunyi seolah-olah MT (majlis tertinggi Umno) tidak berfungsi dan sebagainya.

"Semalam pun saya menghadir mesyuarat ketua-ketua Umno bahagian..saya dapat berbincang dengan rakan-rakan, semuanya sudah ada fail.  Jadi macam mana Umno nak berfungsi sebagai parti pembangkang kalau masing-masing sudah kena grip,"katanya ditemui di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini.

Dalam masa sama, Jamal berkata, beliau tidak menolak akan ada lagi pemimpin Umno yang bakal meninggalkan parti itu atas tekanan daripada agensi-agensi berkaitan sebagai salah satu usaha melepaskan diri daripada sebarang dakwaan pada masa akan datang.

"Mereka cari jalan selamat dengan pergi ke sebelah sana.. yang pergi ke sebelah sana yakin bahawa semua dakwaan akan digugurkan malah dapat imbuhan. Walaupun tak ada hitam putih, tetapi antara kami (Umno) inilah cerita yang berlegar-legar,"katanya.

Sebelum ini Jamal mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang giat ‘membeli’ beberapa ahli parlimen daripada Umno dengan tawaran sehingga RM20 juta untuk meninggalkan parti itu.

Terdahulu, Jamal hadir bagi mendengar tiga pertuduhan terhadapnya berhubung dakwaan kes melarikan diri daripada tahanan dan dua kes berasingan kerana menceroboh premis judi.

Mahkamah menetapkan 22 Oktober untuk sebutan semula kes tersebut ekoran pihak pendakwa masih belum menyiapkan kertas pendakwaan berhubung kes itu.
SH-24 SEPTEMBER 2018

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena