Friday 10 May 2019

Mamak UMNO menghina orang India lagi & Najib pinjam duit kepada Najib? DAP letak harapan tinggi pada KPN baharu [Video Mat Sabu: Ceramah Grand Finale PRK Sandakan]

Sabtu, 11 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

Najib pinjam duit kepada Najib

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, teks

DAP letak harapan tinggi pada KPN baharu

Ahli Parlimen DAP menyambut baik pelantikan Datuk Seri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu.
Mereka mengenang beliau sebagai pegawai tertinggi polis yang lantang mencabar rejim Barisan Nasional terdahulu berhubung skandal 1MDB.
Kenyataan pertama Abdul Hamid yang menyokong penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) – yang mendapat tentangan KPN sebelum ini – turut mendapat pujian pemimpin DAP.
Antara yang menyambut baik kenyataan itu adalah Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.
Menurutnya, tidak ada apa yang perlu ditakutkan anggota polis terhadap penubuhan IPCMC jika mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.
“Saya cadangkan supaya tuan melaporkan pegawai polis atasan yang berkeras menentang cadangan penubuhan IPCMC dan pelantikan tuan selaku Ketua Polis Negara yang baharu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya satu siasatan menyeluruh dapat dijalankan bagi melihat sama ada gaya hidup dan aset mereka berpadanan dengan pendapatan peribadi dan isi rumah mereka,” katanya dalam kenyataan.
Salah satu kes yang perlu diberi perhatian, katanya, adalah berhubung wang sebanyak A$320,000 di dalam akaun peribadi bekas Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Wan Ahmad Najmuddin Mohd yang pernah didedahkan sebelum ini.
Turut berkongsi harapan yang sama adalah Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto.
Beliau mahu melihat agar kes kehilangan Amri Che Mat, Joshua Hilmi serta isterinya Ruth, dan Raymond Koh yang dikatakan melibatkan Cawangan Khas (SB) turut disiasat.
“PDRM di bawah pimpinan Ketua Polis Negara yang baharu harus memisahkan dirinya daripada stigma bahawa polis kononnya adalah alat kepada kuasa eksekutif dan dipergunakan dan disalahguna oleh tangan-tangan ghaib demi agenda dendam politik seperti dilihat di bawah pentadbiran Barisan Nasional,” ujarnya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena