Saturday 3 August 2013

Nada pendamaian di Mesir bagi elak pertumpahan darah

Ahad, 4 Ogos 2013
Adalah menjadi suatu keaiban bagi sebuah negara apabila tenteranya menghalakan senjatanya ke arah rakyat mereka sendiri termasuk wanita dan kanak-kanak

"Rakyat Mesir ini sedang menjalankan hak-hak mereka untuk membantah terhadap Kudeta dan penyingkiran secara paksa seorang presiden yang dilantik secara demokratik"

"Adalah menjadi suatu keaiban bagi sebuah negara apabila tenteranya menghalakan senjatanya ke arah rakyat mereka sendiri termasuk wanita dan kanak-kanak, walhal sepatutnya tenteralah yang mempertahankan rakyatnya. Pihak pro demokrasi telah mengisytiharkan bahawa mereka akan mengadakan demonstrasi aman."

Sumber : Pertubuhan IKRAM Malaysia
Mesirkini.
Photo: "Rakyat Mesir ini sedang menjalankan hak-hak mereka untuk membantah terhadap Kudeta dan penyingkiran secara paksa seorang presiden yang dilantik secara demokratik"

"Adalah menjadi suatu keaiban bagi sebuah negara apabila tenteranya menghalakan senjatanya ke arah rakyat mereka sendiri termasuk wanita dan kanak-kanak, walhal sepatutnya tenteralah yang mempertahankan rakyatnya. Pihak pro demokrasi telah mengisytiharkan bahawa mereka akan mengadakan demonstrasi aman."

Sumber : Pertubuhan IKRAM Malaysia
#mesirkini

Berhadapan dengan ancaman tindakan keras kepada Ikhwanul Muslimin, diplomasi mula mengambil tempat

Pemerintah Mesir dan kumpulan penyokong Mohamed Mursi, presiden yang digulingkan tentera, memberikan tanda-tanda awal kesediaan untuk berkompromi setelah ditekan oleh wakil Barat bagi mengelakkan pertumpahan darah.

Berhadapan dengan ancaman tindakan keras kepada Ikhwanul Muslimin, diplomasi mula mengambil tempat, cukup sebulan selepas Mursi digulingkan pada 3 Julai lalu, lapor Reuters.

Mengakui kekuatan protes popular terhadap setahun pentadbiran Mursi, untuk pertama kalinya, kumpulan penyokong presiden Islamis itu berkata, mereka menghormati tuntutan jutaan orang yang turun ke jalan raya sebelum rampasan kuasa.

Menurut jurucakap, penyokong di kem bantahan yang enggan bersurai selagi Mursi tidak dikembalikan ke tampuk kekuasaan, kini mahukan penyelesaian yang "menghormati semua hasrat popular".

Mereka memberitahu wakil Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah bahawa mereka mahu perlembagaan yang digantung dikembalikan dan menolak sebarang peranan politik oleh ketua tentera Jenderal Abdel Fattah al-Sisi, individu yang bertanggungjawab menyingkirkan Mursi.

"Saya hormat dan berpegang pada tuntutan massa pada 30 Jun, tetapi saya tidak akan membinanya di atas rampasan kuasa tentera," jurucakap Tarek El-Malt memberitahu Reuters, berdasarkan reaksi deligasi pro-Mursi kepada wakil itu.

Ditanya sama ada deligasinya menegaskan supaya kuasa Mursi dikembalikan sebagai syarat rundingan politik, Malt, anggota parti Wasat, sekutu Ikhwan, berkata, perkara terperinci itu perlu dibincangkan dalam diskusi di masa depan.

Bagaimanapun, memandangkan penentang Mursi menggesa supaya ia tidak menjadi sebahagian daripada penyelesaian politik, Malt berkata, "Sisi juga harus tidak berada dalam keadaan politik yang sama".

Katanya, kumpulan pro-Mursi juga sedia berbincang dengan National Salvation Front, gabungan longgar parti liberal dan haluan kiri yang terlibat dalam kerajaan sementara yang dibentuk tentera.Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena