Tuesday 2 October 2018

[Video Kecewa...satu hari lepas lawatan, masalah teknikal berlaku - Anthony] Portal mohon maaf pada Raja Bahrin (Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) & Rosmah berdepan perbicaraan barang kemas RM60 juta.

Selasa, 2 Oktober 2018

Foto Raja Kamarul Bahrin Shah.
Timbalan Menteri KPKT merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Kijal hari ini.
Parti Amanah Negara

Foto Raja Kamarul Bahrin Shah.

Foto Raja Kamarul Bahrin Shah.

Portal mohon maaf pada Raja Bahrin

Pengarah MyNewsNet Sdn Bhd yang memiliki portal Mynewshub, memohon maaf kepada bekas anggota parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad atas dakwaan fitnah yang diterbitkan portal itu tahun lalu.
Permohonan maaf itu dibuat oleh Mohd Arshad Khan di hadapan pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Darryl Goon sehari selepas Raja Bahrin memberi keterangan di mahkamah berhubung saman fitnah terhadap portal itu semalam.
Mohd Arshad dalam permohonan maafnya berkata pihaknya menarik balik artikel bertajuk "Wakil Rakyat PAN Cuti Mewah di UK Abai Mangsa Bah" daripada laman web tersebut dan memisahkan dirinya daripada penerbitan laporan berkenaan.
"Defendan tidak bermaksud menyinggung Raja Bahrin dalam artikel itu dan meminta maaf kepadanya jika menyakiti perasaan, maruah dan reputasinya.
"Kami akur dan kami tidak pernah bermaksud untuk mencemarkan imejnya di mata orang ramai," kata Arshad dalam permohonan maafnya.
Berikutan itu, Goon merekodkan penghakiman persetujuan.
Peguam Nadzratun Naim Hammad Azizi dan Nurilla Ellyna Nor Azman yang mewakili Raja Bahrin, berkata syarikat itu bersetuju menarik balik artikel berkenaan dan membuat permohonan maaf.
"Ia juga bersetuju untuk membayar jumlah ganti rugi dan kos yang tidak didedahkan sebagai sebahagian daripada persetujuan," katanya.
Sebagai sebahagian daripada penyelesaian, permintaan maaf itu akan diterbitkan dalam akhbar harian berbahasa Melayu iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia dan portal tersebut.
Defendan diwakili oleh peguam Ahmad Hazrin Abdul Rahman.
Semalam dalam keterangannya Raja Bahrin berkata laporan portal Mynewshub bahawa beliau melakukan percutian mewah di United Kingdom (UK) pada Disember 2016 adalah tidak benar dan fitnah.
Menurut Raja Bahrin, gambar yang disiarkan dalam portal itu diambil pada Oktober 2016.
Raja Bahrin yang juga timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan berkata, ketika artikel disiarkan pada 7 Januari, beliau sebenarnya berada di kawasannya di Kuala Terengganu.
Mk.
Foto Suara Rakyat.
TU DIA !!!..

Peniaga berlian Lubnan Samer Halimeh mendedahkan katanya dia beri barang kemas yg 'DIPESAN' yg bernilai £11.5 juta pound sterling (hampir RM60 juta) itu kepada Rosmah atas dasar 'cuba sebelum beli'.

NAMPAK TAK !!!.. 'cuba sebelum beli'.

DAH LAH.. bawak masuk barang kemas jutaan ringgit TANPA IKRAR kpd kastam malah TAK BAYAR CUKAI GST !!

Rakyat yang miskin beli baju sehelai pun kena GST (sebelum PRU14)..

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena