Monday 22 October 2018

[Video Sidang Dewan Rakyat 23 Oktober 2018 Sesi Pagi] Lebai2 Pas kajiselidik dahulu sebelum kelentong! Dr M: Saya tak jamin dapat pilih pengganti yang baik.

Selasa, 23 Oktober 2018
Foto Suara Rakyat.
KANTOI LAGI !!! Lebai2 PAS cuba putar belit angka2 peruntukan Kerajaan Persekutuan pada tpt yang tidak berkenaan..

Apa yg diberitahu LGE adalah mengenai 'Penerima Terbesar Bantuan Kewangan Defisit dan Kewangan Pendahuluan Kerajaan Persekutuan..'

BUKANNYA mengenai pemberian biasa yg disalurkan setiap tahun oleh Kerajaan Persekutuan terhadap Kerajaan Negeri (angka2 peruntukan yg diberi oleh lebai2 PAS)..

Kedua2nya adalah pemberian kewangan yang berbeza...

FAKTA No.(1):
Kerajaan negeri Kelantan catat defisit akaun mengurus untuk lebih daripada 5 tahun berturut-turut !!

FAKTA No.(2):
Pada 2017, hanya 2 negeri yang menerima pemberian defisit iaitu Kelantan dan Perlis sahaja.

FAKTA No.(3):
Kerajaan Negeri Kelantan merupakan penerima terbesar Bantuan Kewangan Defisit dan Bantuan Kewangan Pendahuluan drpd Kerajaan Persekutuan yg berjumlah RM913 juta.
#KajiSelidikDahuluSebelumKelentong
Suara Rakyat KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan terpaksa menunggu dan menangguhkan bayaran Royalti Petrolium kepada kerajaan negeri berikutan terdapat tuntutan mahkamah belum selesai.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Radzi Jidin, berkata berikutan itu, pihaknya tidak dapat mempercepatkan pembayaran berkenaan sehingga selesai perbicaraan.

Dr M: Saya tak jamin dapat pilih pengganti yang baik

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan beliau tetap berpegang kepada janji bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih kepimpinan negara selepas beliau berundur kelak, lapor Bernama.
Namun demikian, beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa individu yang layak menjadi penggantinya.
“Saya tidak dapat tidak akan pergi, tentu akan ada pengganti… kalau orang ramai nak Datuk Seri Anwar Ibrahim (sebagai perdana menteri) mereka berhak dapat dia.
"Saya tidak boleh jamin (bakal pengganti menjadi perdana menteri yang baik) macam saya dulu pilih Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) saya ingat dia baik tapi tengoklah apa dia buat.
“Begitu juga Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) anak Tun Abdul Razak, tetapi tengoklah… tetapi setakat ini, janji saya selepas saya letak jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih, terpulang pada rakyat untuk tentukan,” Mahathir dipetik berkata pada program Bicara Minda anjuran Sinar Harian di Dewan Karangkraf di Shah Alam, hari ini.
Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena